Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 28, 2016

RUU355 - JOM JUMOA DI PUSAT ISLAM, KL

BANGI, Ahad – Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) akan menghimpunkan UMNO, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam satu anjuran forum mega bagi menjelaskan pendirian parti berhubung usul Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.


Forum Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan Hak Umat Islam itu dijadualkan berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam di ibu negara pada 1 Oktober ini.


Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahaya berkata, penganjuran forum mega kali ini adalah untuk menjelaskan pendirian setiap parti sama ada menyokong mahupun menentang cadangan akta tersebut sebelum sidang Parlimen pada 17 Oktober nanti.
"Daripada forum itu kita akan jelas dengan pendirian-pendirian parti tersebut supaya selepas ini tiada lagi kenyataan yang bercanggah.

"Oleh sebab itu kita menghimpun semua prti yang berteraskan Islam, Melayu terutamanya UMNO, PAS, PAN dan PKR. Dan kita juga menampilkan pimpinan daripada setiap parti berkenaan yang bertindak sebagai ketua dalam Akta 355 ini," katanya ketika diitemui Ismaweb pada Malam Isnpirasi Perjuangan (Pejuang 2016) di Shah Alam, malam tadi.

Forum itu menampilkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut mewakili UMNO, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan, Ketua Wanita PAN, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Prof Datuk Mahamad Naser Disa.

Mengulas lanjut mengenai forum itu, Aminuddin berkata, Sekretariat Ummat juga akan turut melancarkan siri jelajah ke seluruh negara bagi mengumpulkan tandatangan sokongan daripada rakyat terhadap pindaan akta itu.

"Lebih daripada 50 bikers akan membuat siri jelajah ke seluruh Malaysia untuk dapatkan tandatangan sebanyak mungkin melebihi daripada Persatuan Hokkien.
"Mereka akan membuat jelajah sepanjang Oktober ini, memandangkan sidang Dewan Rakyat kali ini mungkin lebih panjang disebabkan pembentangan Bajet 2017," katanya.
Bercakap mengenai program susulan lain, beliau berkata, dijangka lebih 500 orang daripada kalangan badan bukan kerajaan (NGO) akan berhimpun di Parlimen pada hari pembentangan semula usul itu.


"Selain itu, kita juga akan mengadakan sesi dialog di kawasan Ahli Parlimen parti komponen BN yang berterusan menentang, seperti di Bentong yang diwakili oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan selepas ini ke Segamat, kawasan Datuk Seri S. Subramaniam," katanya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA