Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 23, 2016

NAJIB KINI JURUCAKAP ISTANA...

PM Najib dah semakin kalut....

Kenyataan media PM Najib
  Nampaknya, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang yang terjebak dengan berbagai masalah nampak semakin kalut.

 Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilaporkan di sini PM Najib sudah tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia apabila membuat kenyataan yang menunjukkan fakta yang salah.

 Mahfuz mempertikaikan kewibawaan PM Najib membuat kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Yang di-Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diterima mengadap pada 15 September lalu.

 Menurut Mahfuz, peristiwa pertemuan empat mata tersebut berlaku di Istana Anak Bukit. Yang peliknya Najib dalam kenyataannya menyebut pertemuan tersebut berlaku di Istana Bukit Malut.

 Bagaimana fakta tempat boleh jadi tidak betul dalam kenyataan Najib. Fakta berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak seharus salah, kerana ia dilaporkan oleh media, soal Mahfuz.

 Begitu juga dengan fakta Deklarasi Rakyat yang disebut oleh Najib dalam kenyataannya sebagai Deklarasi PBBM. Satu dunia tahu Deklarasi tersebut diusahakan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) yang diketuai oleh Mahathir dan disertai oleh individu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

 Waktu itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pun belum tubuh lagi. Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal masih lagi ahli Umno pada waktu pelancaran Deklarasi Rakyat. 

 Sementara itu pula,Malaysiadateline melaporkan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berasa agak pelik apabila PM Najib mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 "Saya ingin bertanya, sejak bila Dato' Seri Najib menjadi jurucakap kepada Yang di-Pertuan Agong?" Soal Salahuddin.

 Menurut Salahuddin, adalah sesuatu yang pelik apabila Najib yang menjadi subjek dalam Deklarasi Rakyat dan juga menjadi pihak berkepentingan boleh mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong dalam isu melibatkan dirinya sendiri.

 "Bagi saya, ianya suatu yang melanggari kebiasaan dan cuba memperbodohkan rakyat," ujarnya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA