Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 16, 2016

KERJASAMA PAS - PKR - SATU ANALISA PRU13


Abe Awang Malaya
Selepas PRU 13 yang lepas, DUN Terengganu diwakili 
oleh 17 adun BN (UMNO) dan 15 adun PR (PAS 14 PKR 1). 
Dari 17 kerusi UMNO itu, 3 daripadanya telah dihadiahkan oleh tuan 
kepada BN sejak hari penamaan calon lagi.
Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, telah diputuskan dan dipersetujui 
bahawa DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera akan 
ditandingi oleh calon PKR, disamping beberapa kawasan
 lain termasuk DUN Bandar.
Tuan adalah presiden PAS. Tuan orang alim. Mustahil tuan tidak 
tahu kewajipan untuk patuh kepada keputusan mesyuarat,
yang telah dipersetujui, bahkan mesyuarat itu dihadiri oleh tuan
 sendiri atau wakil yang direstui oleh tuan sendiri dari kalangan
 pemimpin kanan PAS. Mana mungkin tuan tidak tahu peraturan 
dan undang-undang berorganisasi, dan mana mungkin tuan 
tidak tahu hukum bagi orang yang berbuat khianat, 
mungkir janji dan bercakap bohong. 


Agama Islam yang suci ini nescaya tidak membenarkan 
pembelotan dan mengkhianati amanah seperti itu, 
atas apa alasan sekali pun.

Pada hari penamaan calon, tuan sebagai presiden dan 
Mustafa Ali sebagai setiausaha agong PAS, telah tandatangan 
watikah yang mengizinkan beberapa orang calon PAS bertanding 
di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui akan ditandingi 
oleh calon PKR dalam mesyuarat Pakatan, termasuk
 di 3 kawasan dalam negeri Terengganu yang disebutkan tadi.
Di antara Dun lain yang PAS tindan calon PKR dan terpaksa 
berlawan sesama sendiri termasuk Dun Kota Damansara 
di Selangor dan Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang.
Tuan telah mungkir janji. Tuan telah langgar keputusan mesyuarat. 
Tuan telah khianat. Tuan sendiri tahu akibat dari meletakkan 
calon PAS di kawasan yang ditandingi oleh PKR, sudah tentu UMNO 
akan menang. Tuan tahu itu. Untuk menghalalkan pengkhianatan 
yang tuan lakukan, maka tuan terpaksa pula berbohong dan 
membuat fitnah kononnya PAS terpaksa letak calon kerana tuan 
mendapat maklumat kononnya calon PKR adalah pengedar dadah
 (pil kuda) dan ada yang berfahaman komunis. Akhirnya tuan 
tandatangan watikah pencalonan itu, yang sama seperti 
memberi tiket kemenangan kepada UMNO.
Kenapa tuan buat itu? Sebenarnya apa tujuan tuan berbuat begitu? 
Untuk apa? Tidak ada orang yang boleh fikir, apa sebenarnya 
yang tuan mahukan? Kenapa tuan tergamak mengkhianati 
pemimpin PKR dan DAP bahkan sebahagian pemimpin PAS sendiri? 
Dan tuan telah khianat kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat, 
semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pembodek dan 
pengampu yang berada di sekeliling tuan, termasuk menantu tuan sendiri!!
Di Terengganu, tuan bagi percuma kepada UMNO 3 kerusi, dan 
akhirnya UMNO berjaya mempertahankan pemerintahannya 
dengan kelebihan 2 kerusi sahaja. Kebetulan jenis apakah ini, 
wahai tuan guru dato’ seri presiden?
Dalam keadaan UMNO masih terhoyong-hayang untuk menegakkan
 pemerintahannya, dengan takdir Allah, seorang wakil rakyat UMNO 
meninggal dunia. Maka diadakan pilihanraya kecil di Dun Kuala Besut.
PRK Kuala Besut sangat besar akibatnya, kepada PAS dan UMNO. 
Itu bukan sekadar cerita orang Kuala Besut akan pilih wakil rakyat baru, 
itu bukan cerita sah atau tidak solat berimamkan orang UMNO, 
tapi pilihanraya kecil itu menentukan parti yang akan perintah negeri.
Kalau PAS menang di Kuala Besut, kedudukan akan jadi 16-16.... 
Kuala Besut bukan kawasan kebal BN. PAS pernah menang di situ 
dalam PRU 1999 dulu. Orang Kuala Besut bukannya totok UMNO
 sangat. Kes mata lebam Anwar pun mereka boleh beri 
kemenangan kepada PAS tahun 1999. Ketika demam pilihanraya umum 
belum pulih lagi, sepatutnya PAS mampu untuk memenangi prk 
Kuala Besut itu.
Tetapi apa yang berlaku, sepanjang dua minggu tempoh kempen itu, 
tidak ternampak sedikit pun tanda-tanda yang PAS bersungguh-sungguh 
nak rampas kerusi Dun Kuala Besut, apatah lagi nak fikir untuk 
mengambil-alih pemerintahan negeri.
Hasilnya, UMNO menang dengan majoriti yang bertambah dari 
pilihanraya umum lalu. Nampak tuan dan beberapa orang ustaz PAS 
yang semazhab dengan tuan seperti berpuas-hati dengan kekalahan itu.
Maka memerintahlah akan negeri Terengganu oleh Barisan Nasonal 
dengan kelebihan 2 kerusi sahaja. Nampak di atas kertas, kedudukan
 kerajaan BN amat genting dan dalam bahaya. Rupa-rupanya apa yang
 berlaku dalam dewan tidak sama dengan apa yang tertulis di kertas.
 Kedudukannya 17:15, tetapi dalam dewan, kedudukannya 17 
adun UMNO, 13 adun bebas pro umno, 1 orang adun PAS (Syed Azman) 
dan 1 orang adun PKR (Azan Ismail). Seolah-olahnya begitu. 
Seolah-olahnya BN mempunyai 30 orang adun, hanya 2 orang 
pembangkang sahaja. Salah seorang dari 13 PAS yang tidak menjadi 
pembangkang itu ialah tuan sendiri.


Ketika kedudukan 17:15, berlaku krisis menteri besar Terengganu. 
Ahmad Said diminta letak jawatan, oleh presiden UMNO. 
Pelantikan dan pemecatan seorang menteri besar ditentukan 
oleh presiden parti, tidak pasti samada tuan sedia maklum atau 
tidak tentang hal ini. Kalau dilihat pada respon dan reaksi tuan 
dalam kes menteri besar Selangor, saya sangat ragu adakah 
tuan faham akan perkara ini. Nampak pada caranya, 
macam tuan tak faham.
Bila Mat Said letak jawatan, PAS buat-buat tak tahu. Tuan pula 
memang macam biasa lah, buat-buat tak gaduh, seolah-olah 
perkara itu tidak penting. Mungkin tuan dan orang-orang PAS 
beranggapan bahawa itu masalah dalaman UMNO. Tidak perlu masuk 
campur kerana ia tiada kaitan dengan PAS. Jadi, bagi PAS pada waktu itu, 
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Padahal, peristiwa Ahmad Said dipecat itu sangat besar maknanya 
kepada politik Terengganu. Ada orang duk cerita atas wakaf, dia kata 
Mad Said ajak PAS berpakat untuk jatuhkan kerajaan BN di Terengganu, 
tapi pihak PAS menolaknya.

Akhirnya, Ahmad Said, adun Bukit Besi dan adun Paka mengumumkan 
keluar dari UMNO!!! UMNO memerintah dengan kelebihan 2 kerusi, 
tapi sekarang 3 orang bukan wakil rakyat UMNO lagi. 
Maka kedudukan sekarang telah menjadi PR 15 BN 14 Bebas 3.

Mana-mana parti pun dalam dunia ini, apabila berlaku keadaan begitu,
 ketua parti akan segera menghadap sultan untuk memaklumkan bahawa 
Barisan Nasional telah hilang majoriti dalam dewan undangan negeri, 
dan memohon perkenan sultan bagi PAS membentuk kerajaan dan 
mengakat sumpah sebagai menteri besar.

Saya tidak pasti siapa yang patut pergi menghadap sultan, 
samada tuan sebagai presiden PAS, atau Satiful Bahri sebagai 
Pesuruhjaya PAS Terengganu. Yang pastinya, dua-dua tak pergi. 
Saya percaya tuan sendiri tidak pernah fikir sekiranya PAS memerintah 
Terengganu, siapa yang akan jadi menteri besar. Perkara itu tidak ada 
dalam kepala tuan. Kerana tuan tidak pernah bercita-cita mahu jadi 
pemerintah.Tuan berpolitik hanya untuk menjadi pembangkang sahaja.

Maka kekallah UMNO memerintah Terengganu dengan hanya perlu 
berhadapan dengan 2 orang pembangkang dalam Dun, iaitu Batu Burok
dan Bandar sahaja. Mad Said dan 2 adun lain yang keluar UMNO, 
pun dah masuk UMNO balik.
Ketika air mata Ahmad Said masih belum kering, tiba-tiba berlaku 
krisis menteri besar Selangor. Di sinilah nampak jelas akan sikap tuan 
yang sebenar. Krisis MB Selangor telah menyingkap segala pekung, 
panau dan kurap yang bertempek di badan tuan, yang selama ini 
diselimuti jubah dan diselubung dengan serban.
Tuan orang Terengganu. Tuan ialah Ahli Parlimen Marang. 
Tuan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. Tuan ialah 
Presiden PAS. Bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri 
Terengganu, tuan hanya menjadi batu yang keras dan kaku, macam 
tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi bila berlaku krisis yang melibatkan
 politik negeri Selangor, negeri yang diperintah oleh PKR, tiba-tiba 
presiden PAS meloncat-loncat macam ulat beluncas mahukan 
supaya Khalid Ibrahim dikekalkan. Padahal, Khalid Ibrahim 
ialah adun PKR.
Pasal apa yang jadi sampai macam tu, tuan? Ada ‘permainan’ 
apa yang tuan nak sorokkan, sebenarnya? Permainan apa pula 
yang tuan nak tunjukkan?
Ok lah, nanti saya sambung. 
AWANG MALAYA

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA