Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 18, 2016

PDRM & UMNO ADA HUBUNGAN SULIT










Dalam satu keputusan yang dianggap tamparan dan memalukan, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap Tiga Tan Sri atas dakwaan berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan, telah ditutup.
Kata beliau, siasatan polis mendapati laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan atau lebih dikenali Azwanbro itu hanyalah berdasarkan andaian semata-mata.
“Kita sudah merakam percakapan dia dan kita mendapati Khairul Azwan membuat laporan itu berdasarkan andaian-andaian sahaja.
“Tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa juga yang dia nyatakan dalam laporan.
“Untuk itu, pihak polis tidak akan meneruskan siasatan. Kita telah menghentikan siasatan,” kata Khalid lagi.
Dalam bahasa yang mudah, bermakna kes ini telah tutup fail dengan serta-merta. Tiga Tan Sri yang didakwa oleh Khairul Azwan iaitu Abu Kassim Mohamed, Gani Patail dan Dr Zeti Akhtar Aziz juga tidak akan dipanggil polis untuk memberi apa-apa keterangannya lagi.
Jika hanya berdasarkan andaian-andaian saja, kenapa Khairul Azwan tergamak membuat laporan polis terhadap tiga tokoh terkemuka terbabit?
Hello bro, bukankah andaian lebih sesuai dijadikan modal sembang kedai kopi sahaja?
Mana wibawa dan harga dirinya sebagai Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, jika berdasarkan andaian saja sudah sanggup pergi ke balai polis untuk membuat dakwaan terhadap orang lain?

Penulis buku politik Shahbudin Husin – Foto Free Malaysia Today
Masa buat laporan polis, bukan main gempak lagi ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya. Cuba kita imbas semula yang diperkatakan oleh Khairul Azwan pada 26 Julai lalu sebaik saja selesai membuat laporan polisnya.
– Ketiga-tiga mereka yang disyaki itu didakwa memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk FBI.
– Mereka memberikan maklumat sulit tersebut kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah daripada pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.
– Sebahagian besar maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.
Ditanya berkenaan dokumen yang dibekalkan oleh ketiga-tiga individu berkenaan, Khairul Azwan berkata, beliau hanya akan berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab dan terpulang kepada pihak polis menentukan bila beliau boleh berbuat demikian.
Makna kata, ketika membuat laporan polis itu, Khairul Azwan ada bukti dan dokumen-dokumen tertentu dalam tangannya.
Kenapa alih-alih selepas dipanggil polis, semua dakwaan disahkan pihak polis hanya berdasarkan andaian-andaian sahaja?
Mengapa tiada sebarang bukti dapat ditunjukkan kepada pihak polis?
Apa jadi ni beb? Tak malukah buat perangai sedemikian sedangkan pegang jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia?
Dengan kenyataan dan pengesahan Khalid itu, apa yang akan dilakukan oleh Khairul Azwan selepas ini?
Adakah beliau akan memohon maaf secara terbuka kepada ketiga-tiga Tan Sri itu dan membeli iklan di akhbar-akhbar arus perdana bagi tujuan yang sama?
Atau hanya akan berdiam diri dan selamba saja?
Tetapi, bagaimana dengan ketiga-tiga Tan Sri yang telah diaibkan dengan tuduhan-tuduhan berat dan palsu oleh Khairul Azwan itu?
Bagaimana nama mereka mahu dibersihkan setelah dicemarkan dengan tuduhan-tuduhan yang rupa-rupanya hanya berdasarkan andaian?
Tiada lain, ruang kini sedang terbuka luas untuk Abu Kassim, Gani Patail dan Dr Zeti untuk masing-masing mengemukakan saman malu dan menuntut gantirugi terhadap Khairul Azwan atas dakwaan palsu dan reputasi mereka yang telah dihancurkan. – Shahbudin Husin

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA