Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, August 30, 2016

MO1 - ANAK MUDA TUNJUK RASA MARAH.....


Rakaman TUNJUK RASA - TANGKAP M.O.1



VIDEO



ULASAN GB 


Kita ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada anak-anak muda khususnya mahasiswa yang menganjur dan menyertai Himpunan #TangkapMO1 semalam. 

Mereka membuktikan mereka boleh melakukan sekalipun terpaksa menghadapi dan menanggung risiko yang pelbagai terutamanya dari pihak berkuasa yang sebelum ini tidak henti-henti menyatakan himpunan itu tidak sah. 

Dan mereka membukti mereka adalah pemuda-pemudi yang sanggup bangun menentang kemungkaran dan kezaliman tanpa rasa takut dan ragu. 

Kebangkitan perjuangan mahasiswa ini adalah sesuatu yang menyegarkan iklim perjuangan rakyat setelah beberapa dekad mahasiswa meminggirkan diri akibat dari kehadiran Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. 

Sebelum ini, slogan perjuangan mahasiswa sering menjadi laungan di kampus-kampus. Bermula dari zaman perjuangan mahasiswa UM dengan ‘student union’, kebangkitan mahasiswa Islam di zaman Anwar Ibrahim, hinggalah perjuangan mahasiswa pasca reformasi 

Semalam mahasiswa kembali bangkit. Ia seperti menghidupkan kembali kenyataan bahawa mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara dan masyarakat. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif gerakan mahasiswa telah membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi sesebuah negara pada masa depan. Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah reformasi masyarakat. 

Meskipun tidak ramai yang menyertainya iaitu sekitar 2,000 kata pemerhat (walaupun anggaran sebenar jauh dari angka tersebut dan jauh lebih ramai dari demonstrasi anti perlaksanaan program dwi bahasa (DLP) yang dianjurkan sebuah parti Islam yang mendakwa telah ditubuhkan lebih 60 tahun di Taman Tasik Titiwangsa yang hanya dihadiri 500 orang), namun bagi satu aktiviti masyarakat yang terkepung dengan pelbagai rintangan dan tekanan, himpunan anjuran mahasiswa dianggap telah berjaya di dalam misi mereka. 

Apa yang mereka tunjukkan semalam lebih baik dari ulama-ulama yang bisu terhadap kezaliman dan kemungkaran, yang berselindung di sebalik tema "politik matang" kononnya, menjadi penasihat kononnya, sedangkan pada masa yang sama memreka menjadi petualang rakyat yang menghulurkan tangan bekerjasama dengan para koruptor untuk menekan dan menindas rakyat. Yang paling jelek dan paling malang mereka seolah-olah memberikan endorsementdan rubber-stamp Islam terhadap kerja-kerja jahat dan zalim yang dilakukan oleh pemerintah. 

Di dalam Al-Quran tercatat indah kisah pemuda-pemuda yang berani bangun untuk menyuarakan kebenaran: 


Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,
dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika kami berkata demikian, kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.”(QS Al-Kahfi 13-14) 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA