Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 14, 2016

UMNO MASIH KUKUH DI SEMPORNA - NAJIB



Wah kerja tidak berfaedah UMNO yakni membazir wang rakyat sudah bermula kali ini bertujuan mengerjakan kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal khususnya di daerah Semporna, umumnya Sabah.
Dikhabarkan akan ada perhimpunan besar besaran UMNO di daerah Semporna bertujuan menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahwa UMNO di daerah Semporna masih utuh walaupun tanpa mantan Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Shafie Apdal.
Kamu masyarakat Semporna atau Sabah jangan gusar, takut atau bimbang, apa yang penting ialah tetapkan pendirian bahawa hanya Datuk Seri Shafie Apdal atau politik tempatan telah menjadi pilihan. Jangan lagi sanggup dianggap bodoh oleh orang luar.
Ingat UMNO hanyalah wadah yang tidak mampu melakukan kebaikan kalau pemimpin itu tidak bertanggungjawab. Lihat apa berlaku sebelum ini, kebanyakan Yb di negeri Sabah terdiri dari kalangan pemimpin UMNO/BN tapi apa yang mereka telah lakukan terhadap diri anda, selain pemberian BR1M dan beberapa kerja berkebajikan yang sudah menjadi tanggungjawab pemerintah. Ditakdirkan parti pembangkang yang menjadi pemerintah pun, mereka juga mampu melakukan kebajikan yang sama.
Soal pemberian tanah jangan ceritalah, kini kebanyakan tanah tanah yang berkeluasan beribu ribu ekar di negeri Sabah telah menjadi milik kroni. Orang tempatan, apa yang ada. Kamu orang berurusan pun, urusan akan digagalkan.
Berpuluh tahun Sabah di bawah pentadbiran BN, tapi majoriti masyarakat Sabah kekal berada di takuk lama.
Admin dikhabarkan perhimpunan itu nanti akan menghimpunkan seramai mungkin masyarakat dari pelusuk negeri Sabah. Disana nanti pemimpin pusat dan negeri akan UMNO berucap. Jadi, dengar boleh tapi jangan diikut. Sudah sudahlah, kamu lagi sedang pemimpin yang berjasa kepada mereka pun, sanggup mereka pinggirkan. Setakat marhaen, apa lah sangat, hanya berharga di saat pilihanraya.
Kalau boleh, kamu masyarakat Sabah jangan menghadirkan diri, ini soal maruah yang wajib dipertahankan, buktikan pada mereka. Ingat, UMNO telah meminggirkan pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal hanya kerana beliau bercakap perkara yang benar. Itu satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.
Kawan kawan nampak tak, UMNO sudah mula merasa tergugat, mereka sedar apa nasib yang akan menimpa mereka selepas ketiadaan Shafie Apdal. Dimana gelombang kebangkitan masyarakat Sabah tidak lagi boleh dibendung.
Sabah for Sabahan. 😎

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA