Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, July 3, 2016

ISLAM DAN POLITIK SIASAH - DIMANA SILAPNYA

AJARAN SIASAH (POLITIK) ISLAM YANG DIABAIKAN OLEH UMAT ISLAM 

SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM ITU ADALAH SATU-SATUNYA AGAMA YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH ALLAH SWT. 

ALLAH SWT BERFIRMAN 


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً 


"Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan agama kamu dan Aku telah lengkapkan untuk kamu nikmat-Ku dan Aku redha Islam itu menjadi agama kamu." [Al-Maidah: 3] 

Setelah Allah SWT Firmankan Ayat tersebut tetapi kenapakah negara-negara yang majoriti rakyatnya yang beragama Islam dapat dijajah oleh kaum kafir dan dari segi politik pula para pemimpin politik yang beragama Islam sering berbalah antara satu sama lain yang menyebabkan tertubuhnya pula lebih dari sebuah parti politik yang terus menerus berkonflik antara satu sama lain? 

Demokrasi bukanlah satu masalah dalam politik bagi umat Islam kerana Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengadakan syura sebelum berlakunya Perang Uhud. Yang menimbulkan masalah ialah ialah politik Islam itu dicemari oleh para pemimpinnya dan juga para ahlinya yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an bila berpolitik iaitu tidak mahu mengaplikasikan ajaran-ajaran politik Islam. 

Ajaran politik yang paling asas, iaitu walak (memberi ketaatan) kepada pemimpin tertinggi (ulil amri). 
Firman Allah SWT,: 


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ 


تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً 



Yang maksudnya: 


“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [An-Nisaa' : 59.] 

Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Umar yang menyebabkan Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 

"Dengar dan taat adalah wajib atas setiap orang muslim dalam perkara yang ia suka atau benci selama ia tidak disuruh berbuat maksiat. Apabila ia disuruh berbuat maksiat maka tidak wajib lagi ia mendengar dan mentaati." . 

Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Ajaran politik Islam yang paling asas juga ialah para pemimpin bukanlah maksom maka dengan sebab ada ajaran politik Islam yang menunjukkan kaedah atau prinsip menegur (menasihati) pemimpin iaitu Ulil Amri. Rasulullah s.a.w.menunjukkan kepada umatnya cara untuk menasihati pemimpin seperti mana sabda Baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat itu) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad). 

Apabila ajaran-ajaran politik Islam tersebut diabaikan iaitu tidak dipatuhi; maka dengan sendirinya menjadikan politik itu menjadi maksud polilics oleh Hendry Adams, iaitu: 


“Politics as a practice, whatever its profession; has always been the systematic organisation of hatred.” [Hendry Adams (1838 – 1918)]. 

Bila sudah berlaku begitu maka wujudlah perpecahan dan konflik antara umat Islam yang mahu melaksanakan ajaran-ajaran politik Islam dengan pihak umat Islam yang berminda sekular yang tidak mahu melaksanakan terori-ajaran politik Islam itu Para pemimpin politik yang berminda sekular itu terus menerus menentang para pemimpin politik yang mahu melaksanakan ajaran-ajaran politik Islam. Ini menyebabkan umat Islam berpecah kepada dua golongan iaitu umat Islam yang berminda Islam dan umat Islam yang berminda sekular dalam hal berpolitik. Golongan umat Islam yang berminda sekular adalah golongan yang berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah, Ijmak Ulamak, dan Qias yang terang dan nyata. 

Allah SWT. Berfirman: 


وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ
( شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦ 

Yang maksudnya: 
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."[Surah Al-Zukhruf : 36.] 
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308]. 


Ada banyak ajaran politik Islam bila berhadapan dengan kaum kafir. Antaranya ialah: 

Firman Allah SWT.: 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي 


الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 

yang maksudnya: 


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan pertunjuk kaum yang berlaku zalim." [Al-Maidah: 51.] 
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal.263]. 

Firman Allah SWT.: 


وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ 


Yang maksudnya: 


“Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." [Al-Anfaal: 73] 
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal.422.]. 

Firman Allah SWT.: 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا 


Yang maksudnya: 


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu” [An-Nisaa’ : 144]. 

Dan juga SURAH AL-KAFIRUN 
http://download.audioislam.com/audio/quran/recitation/al-afaasee/surah_al_kafirun.mp3 

POLITIK di Malaysia, anda di pihak mana? 
Adakah anda di pihak politik yang para pemimpin politiknya yang perjuangannya melaksanakan politik mengikut ajaran Islam atau di pihak para pemimpin politiknya yang perjuangannya tidak mahu melaksanakan politik mengikut ajaran Islam? 

Wallahu’klam. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA