Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 7, 2016

IS - NAJIB DAN KPN BERBEZA PENDAPAT.......


Kenyataan di akhbar ini adalah dari PM yang bagitu teruja dengan semangat juang ahli-ahli IS. Sehinggan beliau sendiri mengharapkan Pergerakan Pemuda UMNO membudayakan cara perjuangan kumpulan ini. 

Tapi tidak pula kepada KPN,...... kenapa ye?


KUALA LUMPUR: Pengamal media yang memberi ruang kepada anggota kumpulan militan IS untuk menyampaikan agenda mereka boleh dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. ( gambar )


“Media yang ingin mencari kelainan berita dengan menyiarkan temu bual media bersama anggota Daesh warga Malaysia di sana (Syria) sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, hari ini. 

Ini kerana tegasnya, media juga mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan ia perlu menjadi keutamaan mereka. 

“Saya tidak kisah jika mahu temu bual (dengan Daesh) tetapi tidak perlu menyiarkannya kepada awam. Mana-mana media tempatan yang memberikan ruang kepada Daesh untuk menyalurkan agenda mereka akan diambil tindakan tegas,” beliau memberi amaran. 

Khalid berkata demikian berikutan tindakan dua akhbar tempatan yang menyiarkan berita berhubung temu bual bersama anggota Daesh warga Malaysia di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi@Abu Hamzah, baru-baru ini. 

Begitu juga dengan AJK PAS Pusat, iaitu menantu kepada Presiden PAS sendiri, Sdra Zaharuddin Muhammad seperti tersiar di dalam facebooknya:

Dia juga memberi amaran kepada semua pengamal media lain agar tidak berbuat demikian kerana keselamatan negara adalah keutamaan. 

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya terus memburu baki suspek serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, baru-baru ini. 

“Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar tampil membantu pihak polis,” kata Khalid. 

Setakat ini, polis menahan dua pekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang yang disyaki melontar bom ke pusat hiburan itu serta seorang lagi suspek yang disyaki bersuhabat dalam serangan itu. 

Pada 28 Jun lepas, lapan cedera termasuk seorang daripadanya parah, dalam insiden letupan bom tangan dekat sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong. 

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.15 pagi ketika pengunjung premis berkenaan menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2016. – BERNAMA 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA