Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, July 24, 2016

HARTA RAKYAT MALAYSIA YANG DI SITA DI AS


Tentunya pelbagai perasaan menyelubungi kita berhubung tindakan Jabatan Kehakiman AS mahu menyita 17 hartanah dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.
Barangkali ada yang marah, geram, panas hati, tertekan, malu dan berbagai-bagainya, berterusan sejak malam semalam sehinggalah kini.
Untuk menenangkan jiwa dan mendamaikan perasaan, apa kata kita tenangkan hati dan jiwa seketika dengan menatap sebahagian daripada hartanah dan aset yang bakal dirampas itu.
Setidak-tidaknya, dalam kita marah, geram, panas hati, tertekan dan malu, harta sitaan ini juga adalah lambang “kejayaan” dan “kehebatan” segolongan anak bangsa kita di Amerika sana.







Park Lane Hotel di New York bernilai AS$380 juta dan Time Warner Penthouse di New York berharga AS$30.5 juta.

Park Laurel Condo di New York bernilai AS$33.5 juta dan Warker Tower Penthouse di New York berharga AS$50.9 juta.

Viceroy L’Ermitage Hotel di Beverly Hills berharga AS$44.8 juta dan sebuah mansion juga di Beverly Hills berharga AS$31 juta.

Montalban House di Los Angelas berharga AS$38.9 juta dan sebuah town house di London berharga AS$41.8 juta.

Pelaburan Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street bernilai AS$100 juta dan sebuah jet Bombardier 700 berharga AS$35.3 juta.

Lukisan Van Gogh berharga AS$5.4 juta dan Monet berhara AS$35 juta.
Lukisan Monet berharga AS$57.5 juta.
Hebatkan Malaysia di era Najib Razak – Sumber Shahbudin Husin Blog

1 comment:

  1. saya rakyat Malaysia berasa amat kecewa anak bangsa saperti najib dan konco konco ini yang perangai lebih teruk dari BUANG saperti yang dicertakan P.Ramlee dalam filem Sajan Hasan malah kalau kita nak nilai kan dengan yahudi sekali pun sampai begini sikapnya saperti najib serta konco konco termasuklah hadi awang.sebagai rakyat saya dgn penuh rasa kecewa mendoakan semua petualang pengkhianat ini dilakhanat oleh Allah,diazap serta dibencanakan oleh Allah.saya mendoakan kesemua kedua ibu dan bapa petualang pengkhianat inikamu di campakan kedalam neraka yang paling dalam sekiranye telah mampos dan sekira masih hidup dilkhanat lah didunia ini.saya doakan anak bini zuriat serta keturunan dimusnah,dihancur serta dilenyapkan oleh Allah s.w.t.Ya Allah Ya Tuhan yang maha agung lagi maha mengetahui segal segalanye,saya rakyat malaysia yang merasa amat kecewa serta terinaya ini memohon pada mu Ya Allah kau azapkan lah gerombolan grombolan petualang pengkhianat yang menjahamkan negara malaysia ini Ya allah ya Tuhan.Kami tiada kekuatan kami dizalimi bersama oleh peluang pengkhianat ini bersama kuncu kuncu nya bala bencanalah pada petualang pengkhianat ini ya allah Aamiin.Aamiin Aamiin

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA