Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 21, 2016

ASET IMDB MULA DI RAMPAS....

Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB

Pihak berkuasa Singapura merampas sebanyak S$240 juta dalam akaun bank dan hartanah, dengan S$120 juta daripada jumlah itu dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Low dan keluarga terdekatnya semasa siasatan 1MDB mereka.



Ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pejabat Negara, Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang dikeluarkan hari ini.

Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB.

"Dalam proses siasatan, akaun bank yang dimiliki oleh pelbagai individu telah disita dan urusan hartanah yang dimiliki oleh beberapa individu-individu ini telah disekat.

"Aset itu berjumlah S$240 juta. Daripada jumlah akaun bank dan hartanah, kira-kira S$120 juta adalah milik Low dan keluarga terdekatnya," kata mereka.

Singapura telah memohon untuk mendapatkan maklumat daripada negara-negara di mana dana itu berasal dan kemudiannya dihantar, kata mereka sambil menambah bahawa beberapa permintaan masih sedang diproses.



Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB


Beberapa negara lain juga meminta bantuan Singapura melakukan perkara yang sama, iaitu maklumat mengenai aliran dana yang dipersoalkan disyaki berasal daripada 1MDB.

Kata mereka, permintaan tersebut segera dipersetujui bagi mematuhi obligasi antarabangsa.

Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB

Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Singapura, menurut mereka dengan menyatakan bahawa setakat ini, dua individu telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan siasatan, manakala beberapa yang lain masih disiasat.


Swiss sita 3 lukisan van Gogh, Monet

Pihak berkuasa Switzerland bertindak menyita tiga lukisan bernilai tinggi selepas ia didakwa ada kaitan dengan siasatan skandal 1MDB.
Jurucakap kerajaan berkata tindakan itu dibuat ekoran permohonan daripada pihak berkuasa AS.
Katanya lukisan yang diarah disita itu ialah La maison de Vincent à Arles karya Vincent van Gogh dan dua lukisan Claude Monet, Saint-Georges Majeur dan Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes.
Jurucakap itu mengesahkan satu laporan oleh akhbar Neue Luzerner Zeitung.
"Operasi itu belum berakhir, justeru kami tidak akan memberikan komen mengenai lokasi lukisan itu buat masa ini," katanya.
Kerajaan AS semalam mengemukakan saman bagi menyita aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang dipercayai dicuri daripada 1MDB.
– Reuters

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA