Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 10, 2016

KEMANA MUHYIDIN NAK PERGI KINI.......

Rafizi alu-alukan Muhyiddin untuk bersama gerakan Reformasi

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, untuk bersama dengan 'gerakan Reformasi' bagi bekerjasama ke arah sebuah Malaysia yang lebih baik.

Dalam respons terhadap penggantungan Muhyiddin itu, Rafizi berkata Muhyiddin menekankan keperluan mengembalikan kebebasan dan integriti kepada institusi utama di negara ini.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti saya atau Pakatan Harapan. Saya tidak akan cuba bercakap bagi orang lain. Saya hanya boleh bercakap sebagai seorang aktivis reformasi yang telah bersama-sama dengan arus menuntut perubahan ini sejak 1998.

"Saya hulurkan persahabatan kepada sesiapa yang bersetuju dengan agenda reformasi,"
 kata naib presiden PKR itu dalam satu kenyataan hari ini.

Keutamaan sekarang, tegas Rafizi ialah menjana kekuatan rakyat untuk menuntut reformasi yang menyeluruh dalam sistem sekarang yang menurutnya banyak "menindas".

"Saya alu-alukan Tan Sri Muhyiddin bersama-sama gerakan rakyat yang mahukan perubahan itu dan saya hulurkan persahabatan supaya semua pihak (tidak kira latar belakang) dapat menyumbang ke arah sebuah Malaysia baru yang adil dan saksama, yang meletakkan keadilan undang-undang mengatasi kepentingan peribadi," katanya.

Setiausaha agung PKR itu juga menyuarakan harapannya lebih ramai rakyat biasa memilih untuk berbuat sesuatu supaya boleh menukar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan melantik seorang perdana menteri baru yang bertanggungjawab kepada rakyat di bawah satu sistem baru.

Malaysia, tegas Rafizi, di persimpangan yang unik dalam sejarah.

"Buat pertama kalinya, kita berada di kedudukan kritikal yang mana sebahagian rakyat kita, tidak kiralah apa latar belakangnya, sudah faham bahawa kita tidak lagi boleh menangguhkan perubahan dan reformasi," tambahnya.

Muhyiddin, dalam respons selepas digantung daripada jawatannya, telah menekankan perlunya perubahan di negara ini.

Kata Muhyiddin, Ia bukan sekadar mendesak perdana menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat.


Mulakan perubahan dari selatan Semenanjung, seru Amanah Johor

Isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno turut menarik perhatian Amanah Negeri Johor.

Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Johor, Aminolhuda Hassan mengajak rakyat Johor tanpa mengira fahaman politik dan kaum melakukan perubahan politik.

"Dengan semangat #BangsaJohor yang tertanam hebat dalam diri setiap rakyat Johor, dengan ini (saya) mengajak seluruh rakyat Johor tidak kira dari parti mana dan kaum apa untuk kita sama-sama buktikan bahawa Bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan rakyat!" ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Aminolhuda, sejarah negara menyaksikan tiga Timbalan Perdana Menteri dipecat dan digugurkan daripada jawatan iaitu Tun Musa Hitam yang berasal dari Segamat, Johor; Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh, Pulau Pinang) dan Muhyiddin (Pagoh, Johor).

"Dua sosok anak Johor (Musa Hitam dan Muhyiddin Yassin) ini menggambarkan betapa Bangsa Johor dilihat gah dalam kepimpinan negara. Kedua-duanya merupakan pemimpin yang berprinsip.

"Sungguhpun demikian, sejarah juga mencatatkan bagaimana dalam sebuah parti yang penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa, hanya kerana dikatakan menegur presiden parti, mereka terus dikenakan tindakan.

"Adakah parti tersebut iaitu Umno langsung tidak mengiktiraf jasa dan pengorbanan tokoh ini khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuang sebegitu rupa?"
 soal beliau.

Sehubungan itu, Aminolhuda mengajak Muhyiddin serta seluruh pemimpin Umno Johor untuk meninggalkan parti itu dan bersama rakyat melakukan perubahan politik.

"Saya percaya setiap daripada pemimpin Umno Johor mahu yang terbaik untuk seluruh Bangsa Johor," tegasnya.

Beliau turut menyeru Muhyiddin, para pemimpin Umno negeri dan seluruh rakyat Johor memulakan gelombang perubahan dari selatan tanah air.

"Dari tanah keramat Negeri Johor, dalam (usaha) membebaskan negara kita daripada segala permasalahan dan skandal dengan bersama Amanah sekaligus bergabung padu dengan Pakatan Harapan," katanya.
 -Malaysia Dateline

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA