Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, May 19, 2016

BENARKAH YB MENABUNG DENGAN ROSMAH?

Terkini: Seorang Ahli UMNO mendedahkan setiap 

MP mesti bayar Rosmah setiap bulan....Sebarkan


Seorang ahli umno yang ingin identitinya dirahsiakan. Beliau merupakan orang penting dalam umno ingin mendedahkan satu perkara tentang dilema dan masalah yang dihadapi oleh umno di Sabah.
Dalam perkongsiannya, beliau memberitahu bahawa “ahli umno yang dilantik jadi calon dan menjadi YB perlu membayar Ufti kepada rosmah mansor, bini najib, setiap bulan”.
Sebelum anda semua tertanya-tanya maksud “Ufti”, biar pihak Bobohizan terangkan secara ringkas. Ufti merupakan“bayaran” kepada seseorang yang berkuasa keatas diri kita. Sebagai contoh, ketika tanah melayu dibawah pemerintahan Kerajaan Siam (kini dikenali sebagai Thailand), Sultan-sultan tanah melayu perlu menghantar Ufti (bayaran) tahunan kepada Kerajaan Siam sebagai tanda pengiktirafan kekuasaan Siam keatas kerajaan Sultan. Jikalau bayaran Ufti tahunan tidak diberikan, Kerajaan Siam akan menyerang kerajaan Sultan-sultan yang engkar.
Satu pendedahan atau perkongsian yang bagi pendapat saya sungguh mengejutkan. Apabila ditanya mengapa perlu berbuat demikian, dia mengatakan bahawa itu syarat yang perlu dipersetujui dan ditunaikan. Jikalau tidak, pada pru akan datang, kononnya tidak akan dilantik lagi jadi calon dan pemimpin.
Pendedahan itu diteruskan lagi apabila dia mengatakan bahawa Ufti itu berbeza mengikut kategori. Jikalau ADUN umno, sebulan perlu bayar RM30,000. Manakala untuk MP umno pula perlu bayar RM60,000 sebulan kepada rosmah.
Pihak Bobohizan terus teringat ketika zaman kerajaan PBS. Ketika PBS di zaman kegemilangannya, bini Pairin telah mencampuri urusan pentadbiran politik dengan menjadi “The First Lady of Sabah”. Segala urusan pentadbiran politik perlu melaluinya sebelum sampai kepada pairin. Ramai ahli-ahli politik mengatakan bahawa kalau berjumpa dengan Pairin ketika itu, bini dia juga akan turut serta. Apabila bersuara satu perkataan, bini pairin sudah akan bercakap 10 perkataan dan pairin belum lagi bersuara. Kata putus diberikan oleh bini pairin.
Keadaan tersebut nampaknya sudah jelas berlaku kepada najib yang mana bininya menjadi “The First Lady of Malaysia”.
Setiap bulan, ADUN dan MP umno akan pening kepala untuk memikirkan tentang bagaimana untuk membayar ufti kepada rosmah mansur. Mungkin keadaan ini juga yang menjadi faktor tentang mengapa pembangunan di Sabah tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana duit projek yang diperolehi oleh ADUN dan MP umno disimpan untuk membayar “Ufti bulanan” kepada rosmah mansur.
Kebaikan yang diperolehi setelah membayar “Ufti” kepada rosmah ialah apabila ada projek kerajaan, ADUN dan MP  yang minta pasti akan dapat dengan mudahnya sambil tutup mata.  Namun, kegembiraan itu sudah pasti mempunyai maksud tersendiri yang bersifat sementara sahaja.
Reporter Bobohizan sememangnya tidak mampu untuk mempercayainya namun ini disampaikan sendiri oleh orang umno yang mengatakan bahawa dirinya rapat dengan ADUN dan MP Kota Belud.
Siapakah ADUN dan MP Kota Belud? Biarlah persoalan ini diserahkan kepada warga Kota Belud untuk menjawabnya.
Anda tidak perlu mempercayainya tapi tidak salah untuk mengetahuinya walaupun ia tidak mempunyai hitam putih. Berdasarkan kepada pendedahan, ia adalah atas dasar Persetujuan Mulut “Verbal Agreement”.
Masih sokong Najib?  Itu hak anda untuk menentukannya.
 suarakami

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA