Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 25, 2016

UMNO - ADA CAWANGAN MULA TOLAK NAJIB....

Datuk-Sazmi-Miah,najib
PETALING JAYA: Dua UMNO cawangan – Lepan Simpol dan Banggol Judah dalam Bahagian Machang, Kelantan, dilaporkan sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden parti.
Usul menolak Najib itu diterima tanpa bahas oleh kira-kira 70 ahli yang hadir pada mesyuarat bersama, dua cawangan tersebut pada Sabtu lalu.
Ketua Cawangan Lepan Simpol, Datuk Sazmi Miah berkata, usul tersebut mengambil kira kepentingan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang apabila rata-rata rakyat di peringkat akar umbi menolak kepimpinan Najib.
Katanya, sekali pun keputusan tersebut menongkah arus dan dilihat bertentangan namun itu adalah suara ahli di cawangan tersebut.
“Usul ini diterima dengan hati yang terbuka dan tidak dibahaskan kerana kita mahu memperkasakan parti dengan mengambil kira suara ahli-ahli di peringkat akar umbi.
“Usul ini dibuat oleh anak-anak muda dan inilah suara mereka. Kenapa kita mesti bantah? Mesyuarat cawangan adalah platform yang tepat untuk menyuarakan suara hati dan pendapat mereka. Tidak Tidak perlu bercakap di kedai kopi atau cakap belakang sebaliknya nyatakan secara jelas dan terang mengikut saluran yang betul,” katanya, lapor Sinar Harian.
Sazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Machang berkata, pelbagai isu yang membelenggu Presiden parti boleh menjejaskan parti pada PRU akan datang dan Najib perlu berundur sebelum ia berlaku.
Katanya, dalam masa yang sama, kedua-dua cawangan itu juga sepakat menolak penangguhan Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini ditangguhkan pada 2018, sebagai persediaan menghadapi PRU14.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA