Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 23, 2016

ULAR DAN PATUKANNYA....APA YANG KITA KETAHUI.....


Semua yang anda perlu tahu tentang patukan ular


Ular berbisa biasanya punya anak mata yang berbentuk slit, manakala yang tidak berbisa punya anak mata berbentuk bulat.
ANTARA berita menyayat hati minggu ini adalah tentang seorang murid tahun satu, Nuriey Nadhirah Roslan maut dipatuk ular di sekolah.

Cuaca panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini menjadi punca mengapa tiba-tiba sahaja haiwan berbisa ini menjadi 'penghuni' di tempat-tempat yang kebiasaannya bukan habitatnya.

Akibatnya, risiko untuk kejadian seperti yang menimpa Nuriey berlaku adalah sangat tinggi.

Mungkin ada baiknya juga kita mengambil tahu sedikit sebanyak tentang patukan ular dan apa yang boleh dilakukan jika berada dalam situasi perlu berhadapan dengan ular.

APABILA TERSEREMPAK DENGAN ULAR

Menurut David Mizejewski dari Persatuan Hidupan Liar Kebangsaan Amerika Syarikat:

1. Bertenang dan ambil langkah ke belakang perlahan-lahan.

2. Jika ular itu terlebih dulu melihat anda, ia akan melarikan diri atau akan memegunkan diri. Satu yang perlu diketahui, ular tidak suka bertemu manusia dan akan berusaha mengelakkan diri dari muncul di hadapan manusia.

3. Ular mematuk kerana merasa terancam. Kerana itu, jangan cuba buat apa-apa, seperti mengusiknya dengan ranting kayu atau cuba mengalihkannya.

4. Hubungi pihak bomba secepat mungkin.

5. Pastikan tiada semak samun dan batu-batan di kawasan rumah, kerana ia merupakan kawasan kegemaran ular untuk bersembunyi.


JIKA DIPATUK ULAR

1. Bertenang

2. Cuba ingati rupa bentuk ular. Ini akan membantu doktor atau paramedik memberi rawatan yang lebih pantas dan bersesuaian.

3. Kurangkan pergerakan kerana ia akan membantu mengelakkan bisa merebak dengan cepat.

4. Jangan

a) cuba menyedut keluar bisa
b) jangan letak ais atau sebarang ubat dan bahan kimia
c) jangan balut atau guna apa-apa bahan untuk halang aliran darah

5. Longgarkan pakaian jika anda memakai pakaian ketat.
6. Tanggalkan aksesori seperti jam dan gelang tangan.
7. Dapatkan bantuan atau hubungi 999

APA LAGI YANG PERLU DIKETAHUI?

1. Bagaimana untuk membezakan ular berbisa dengan tidak?
Kata Mizejewski, ular berbisa biasanya punya anak mata yang berbentuk slit manakala yang tidak berbisa mempunyai anak mata berbentuk penuh atau bulat.
2. Ular berbisa akan memberikan amaran sebelum menyera


APA LAGI YANG PERLU DIKETAHUI?


1. Bagaimana untuk membezakan ular berbisa dengan tidak?
Kata Mizejewski, ular berbisa biasanya punya anak mata yang berbentuk slit manakala yang tidak berbisa mempunyai anak mata berbentuk penuh atau bulat.


2. Ular berbisa akan memberikan amaran sebelum menyerang. Ia akan menaikkan kepala dan mengeluarkan lidah.

3. Venom, atau bisa ular sebenarnya menyasarkan untuk memudahkan haiwan berkenaan membunuh makanannya, sebelum ditelan. Manusia yang dipatuk, adalah collateral damage, tindakan yang diambil ular untuk menyelamatkan diri.

4. Mereka yang pernah terselamat daripada patukan ular berbisa akan mempunyai sejenis antigen di dalam badannya.

Golongan ini memerlukan rawatan yang lebih agresif daripada biasa kerana patukan kedua berisiko memberi kesan yang lebih teruk.

awani

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA