Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, April 27, 2016

LUTH - RAFIZI BERSALAH, CEO TUKAR JAWATAN BARU

Walaupun ramai masih terkejut dengan pertembungan kerusi di Sarawak, kita perlu terus membela rakyat sementara isu tersebut diselesaikan. Terbaru ialah berita CEO Tabung Haji dilaporkan akan meletakkan jawatan dan dipindahkan ke GLC lain. Kalau benar, bagi saya ia berita yang baik untuk rakyat. Kepada mereka yang terus menyebarkan konon saya memfitnah Tabung Haji, fikir-fikirlah jika yang saya bawa itu tidak benar, kenapa pula perlu seorang CEO meletakkan jawatan? Bezanya beliau diberi jawatan baru saya diberikan kertas pertuduhan baru ha3. Mohon sebarkan!
26 APRIL 2016
CEO TABUNG HAJI YANG BARU MESTILAH DARI LUAR DAN MELALUI PROSES SARINGAN PARLIMEN
Saya mengambil maklum berita yang disiarkan The Edge Financial Daily hari ini di capaian http://www.theedgemarkets.com/…/ismee-resigns-lembaga-tabun…mengenai keputusan Tan Sri Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji yang akan meletakkan jawatan mengikut sumber akhbar kewangan tersebut.
                                    pendedahan Rafizi menyebabkan CEO ini meletakkan                                  jawatan tapi dapat jawatan baru...
Saya tidak terkejut dengan berita tersebut kerana saya memang telah mendengar ura-ura ini sejak sebulan yang lalu semasa persidangan Parlimen yang lepas pun.
Jika benar, ia merupakan satu kemenangan kepada rakyat dan secara tidak langsung mengesahkan bahawa kesemua isu bersabit tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji yang saya bawa sebelum ini ada kebenarannya.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pengurusan baru Tabung Haji kelak meneliti kesemua isu yang saya bawakan dan memberi penjelasan yang telus kepada rakyat. Saya juga ingin menyatakan apabila isu-isu itu terbukti ada kebenarannya, maka wajarlah Tabung Haji menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap saya dan menggugurkan kes jenayah supaya satu tindakan saman di mahkamah sivil boleh diambil jika isu-isu yang saya bawa dikira memfitnah Tabung Haji.
Mengambil kira keterlibatan Tan Sri Ismee Ismail di dalam 1MDB dan kemungkinan beliau juga akan disiasat tidak lama lagi, saya berpendapat kerajaan tidak boleh melantik beliau ke mana-mana jawatan dalam mana-mana agensi, badan atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan sehinggalah siasatan selesai dan beliau disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian. Oleh itu, saya berharap sebarang usaha untuk melantik beliau menjadi orang nombor 2 di Sime Darby seperti yang dilaporkan tidak diteruskan.
                          Pendedahan isu LUTH, Rafizi di tahan, CEO letak jawatan,                                tapi di gantikan dengan jawatan baru.
Bagi memastikan sebarang langkah melantik beliau ke mana-mana jawatan di badan berkepentingan awam tidak diteruskan sehingga siasatan ke atas 1MDB selesai, saya akan memfailkan satu usul untuk dibahaskan di sidang Dewan Rakyat akan datang menghalang sebarang usaha ke arah itu.
Saya juga mencadangkan perkara-perkara berikut berkenaan pengurusan baru Tabung Haji:
1. CEO baru hendaklah disenaraipendek dan dipilih dari luar supaya beliau boleh bertindak secara objektif menilai segala masalah yang ada
2. Calon CEO baru itu hendaklah melalui proses saringan yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas Parlimen yang bertanggungjawab membuat pendengaran terbuka (“confirmation hearing”) bagi memastikan beliau benar-benar sesuai
3. CEO baru melakukan audit khas mengenai kedudukan kewangan dan operasi kumpulan Tabung Haji sebaik dilantik dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum akhir tahun ini
Saya berharap rakyat akan terus bersama-sama memberi perhatian dan menjadi timbang tara kepada pengurusan badan-badan awam seperti Tabung Haji untuk mengelakkan perkara-perkara yang sama berulang.
Walaupun berita ini saya sambut dengan rasa syukur, saya akan terus menumpukan kepada analisa dan pendedahan berkaitan Tabung Haji bermula minggu ini.

RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN


1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA