Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 9, 2016

KEMELUT MB - APAKAH TERENGGANU JUGA SEPERTI KEDAH....

Ahmad Razif tidak lena tidur.

Menurut MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman kemelut politik Umno negeri itu sudah pun selesai dan kerajaanya masih stabil. Apa yang berlaku hanya kecuh dalam media massa sahaja dan ia hanya spekulasi semata-mata.


Kata MB itu juga DUN Terengganu tidak akan dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya diadakan? Betulkah apa yang didakwa Ahmad Razif itu? Atau beliau berkata untuk mendamaikan perasaanya sahaja?

Beliau juga mendakwa kerajaan BN juga masih utuh menguasai DUN Terengganu. Kedudukan hari ini Umno 17, manakala Pas, 14 dan PKR 1, manakala seorang calon bebas. Macam mana boleh jadi Umno 17? Bukankah Ahmad Said sudah tidak diikhtiraf sebagai Umno lagi?

Kalau Ahmad Said bukan Umno lagi bermakna kedudukan kini,16:16. Speaker tidak dikira sebagai Adun. Kedudukan itu boleh dikatakan DUN Terengganu dalam keadaan tergantung.

Kedudukan itu menyebabkan DUN itu tidak berfungsi. Tidak boleh dibuat apa-apa undang-undang kerana Umno tidak mendapat 2/3 di DUN.

Macam mana Ahmad Razif boleh mendakwa BN masih teguh dan tidak tergugat? Dalam situasi itu Ahamd Razif harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan dia tidak menjadi MB yang tidak berwibawa atau sebagai MB sotong. Kalau dia gagal untuk menyakinkan sokongan 2/3, tidak ada cara lain melainkan beliau harus menasihati Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Itu cara penyelesaian terbaik.

Khabar dari jauh kedengaran, Sultan tidak berapa senang dengan apa yang berlaku sekarang ini. Semua akan menanti reaksi daripada Sultan Terengganu yang ketika ini katakannya sedang berada di luar negeri dan akan pulang ke Terengganu 6 April ini. Tidak mustahil kalau DUN Terengganu dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan hampir setengah bulan itu.

DUN Terengganu kecuh dan kedudukan Ahmad Razif sebagai MB tergugat apabila bekas MB Ahmad Said telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada MB itu mengikut Perkara 14(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Terengganu semasa sidang DUN dua minggu lepas.

Bagaimana pun usul itu tidak sempat dibahas apabila ditolak oleh Speaker. Penolakan usul itu secara teknikal menimbulkan kemarahan dan menjadi tanda tanya umum menyebabkan orang melihat Speaker telah mencemari wibawa dan kemuliaan Dewan. Speaker juga disifatkan sebagai alat kepada MB.

Dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1962 di mana MB Terengganu ketika itu Daud Samad dari kerajaan Pas pernah menghadapi usul undi tidak percaya mengikut perkara sama, yang akhirnya menyebabkan kerajaan Pas Terengganu tumbang.  Berdasarkan percedent itu Speaker sepatut menerima usul dikemukakan Ahmad Said itu. Penolakan usul itu menyebabkan Ahmad Said jadi berang.

Dalam pada itu menurut seorang Adun Terengganu, sikap Speaker tidak membenarkan usul berkenaan dibahaskan satu kesilapan dan menyebabkan kemelut politik Terengganu (Umno) "berpulas jaras" sampai kini. Katanya kalau Spekaer membenarkan usul itu dibahas dan dijalankan pengundian, kedudukan Ahmad Razif sudah pun selamat. Ini kerana ketika usul itu dikemukakan Umno ada 16 orang ahli manakala pembangkang 15 sahaja, apabila Abdul Hadi Awang tidak ada dalam dewan.

Tetapi kerana Speaker lebih bertindak untuk menyelamatkan MB, menyebabkan peluang itu terlepas sehinggalah timbul persepsi Speaker sebagai lebih menjaga kepentingan MB daripada menjaga wibawa DUN Terengganu. Gara-gara kurang prihatin itu juga menyebabkan kemelut DUN Terengganu terheret sampai kini.

Selama mana Ahmad Razif boleh bertahan dengan keadaan hari ini? Jawabannya, apa yang berlaku kini menyebabkan MB itu tidak lena tidur. Keadaannya di Terengganu sepertilah nelayan yang tinggal tepi pantai yang dilanda tengkujuh. Tidur tidak lena makan tidak kenyang asyik menumpang dagu dengan lengan tidak berbaju.

Sudah pasti Ahmad Saad yang kecewa dengan usaha untuk menjatuhkan Ahmad Razif itu tidak akan mendiamkan diri. Bekas MB itu tetap akan berikhtiar. Seperti harimau terluka dia akan jadi lebih ganas dan agresif lagi.

Dalam pada itu kedudukan Ahmad Razif agak bernasib baik sedikit apabila seolah-olah parti Pas tidak berminat untuk berusaha menjatuhkan kerajaan di luar saluran pilihan raya. Tampaknya situasi di Terengganu kini Pas telah terjerat dengan kata-katanya sendiri. Beberapa kali Abdul Hadi Awang menyebut partinya tidak gemar menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak bermoral.Jadi peluang terbuka kini berlalu begitu sahaja.

Gurau seorang wakil rakyat Terengganu kalau Pas tidak berminat untuk menjadi kerajaan bolehlah tugas itu diserahkan kepada orang lain yang lebih berminat dan berwibawa. Tidak ada guna bertanding dalam pilihan raya kalau bukan untuk jadi kerajaan, katanya.

Sekali lagi ditegaskan penyelesaian kepada kemelut Umno di Terengganu ialah dengan membubar DUN Terengganu dan adakan pilihan raya baharu. Soalnya dalam situasi hari ini, ketika Deklarasi Rakyat bersemerak apakah Najib Razak berani?[wm.kl.8:51 pm 29/03/16]

6 comments:

  1. Umum sudah pun maklum dan faham bahawa apa-apa permasalahan dalaman umno/bn dan ph maka PAS juga yang akan dipersalahkan, walaupun ianya tiada kena mengena dengan PAS.

    Krisis MB tak kira di Selangor, Kedah dan terbaru Terengganu, PAS juga diperslahkan, MB Perak satu ketika dulu walaupun ada 3 katak satu dap dan 2 pkr namun PAS juga yang bersalah.

    -----//////-----

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pas patut dipersalahkan sebab presiden pas bodoh. Semua strategi lawan BN tak menjadi sebab presiden pas bodoh. Kalau nak keredhaan Allah lebih baik jadi badan dakwah, jgn main politik.

      Delete
    2. Yang bodoh dan dungu adalah kamu, strategi apa yang kamu maksudkan? Belaga pipi dengan mahathir, berpegang tangan dengan muhyiddin atau berpeluk dengan mukhriz baru dikira cerdik?

      Delete
  2. Pas sepatutnya menggerak ke arah PRN, tapi Pas takut kalah...... tu yg senyap je tak bantu mat said. Kalau PRN berlaku Pas akan tau lah langit tu tinggi ke rendah. Pas kua semasa bersama PR ke semasa sendiri. NASIB KO LAH PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. TGHH lebih mengenali Ahmad Said, kenapa harus PAS meletakkan kepercayaan kepada beliau? Kenapa PAS sepatutnya menggerak kearah PRN? Berfikirlah memenangkan kebenaran seperti moto admin diatas, untuk apa kita perlu bergantung kepada seseorang yang hanya untuk melepaskan dendam?

      Delete
  3. ----//////------

    Susulan dari gurauan seorang wakil rakyat Terengganu, " kalau PAS tidak berminat untuk menjadi kerajaan bolehlah tugas itu diserahkan kepada orang lain yang lebih berminat dan berwibawa. Tidak ada guna bertanding dalam pilihanraya kalau bukan untuk jadi kerajaan. "

    PAS tidak pernah menolak untuk menjadi kerajaan, PAS menolak cara yang salah dan tidak mengikut saluran yang betul, bukan menangguk di air yang keruh. Air yang keruh inilah sebenarnya penuh dengan duri yang tidak kelihatan.

    -----/////-----

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA