Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 3, 2016

1MDB - PENYELESAIAN SUDAH BERMULA 2

1MDB: Harta hilang di ambil orang asing, 

hutang lesap di ambil bank


Selalunya bila kita membeli sesuatu aset menggunakan hutang, apabila kita habis membayar hutang tersebut, kita masih mempunyai aset yang kita beli.
Contoh, kita beli kereta atau rumah melalui hutang. Setelah bertahun membayar hutang dan hutang tersebut langsai, kita gembira kerana kita mempunyai kereta dan rumah yang sudah habis dibayar.
Begitu juga dengan perniagaan. Apabila sesuatu perniagaan membuat hutang ketika membeli aset seperti tanah atau kenderaan, perniagaan tersebut membayar hutang yang dikumpul menggunakan pendapatan yang mereka dapat apabila menggunakan aset tersebut.
Apabila hutang habis dibayar, tanah atau kenderaan masih dimiliki oleh perniagaan untuk menjana lebih banyak pendapatan.
Tetapi bagi kes 1MDB, ianya terbalik. Mereka buat hutang untuk beli aset. Kemudian terpaksa jual aset yang baru dibeli untuk bayar hutang tersebut.
Kemudian, Perdana Menteri yang juga menteri kewangan dan juga ketua penasihat 1MDB terpekik terlolong merasa bangga yang 1MDB berjaya kurangkan hutang!
Tapi malangnya, aset negara pun tergadai.
Antaranya Edra Global Energy (stesen janakuasa elektrik)  yang dbeli dengan berhutang RM12 billion dan dijual dengan RM9.83 billion kepada syarikat asing dari China.
Begitu juga dengan 60% dari pemilikan tanah di Bandar Malaysia (486 hektar luasnya) yang dijual dengan harga RM7.41 billion setelah dibeli dengan harga murah dari Kerajaan. Tanah tersebut (milik rakyat Malaysia sebelum ini) sekarang dimiliki oleh konsortium yang terdiri daripada syarikat asing dari China.
1MDB sememangnya tidak tahu menyimpan harta pusaka rakyat Malaysia. Habis tanah kerajaan Sungai Besi sekarang jatuh ke tangan pihak swasta.
Kalau duit yang diterima dari semua jualan harta ini dapat kepada perbendaharaan negara tak apalah juga. Tapi semuanya akan digunakan untuk membayar hutang RM42 billion kepada pihak bank.
Bank-bank asing ini semua ketawa gembira, rakyat Malaysia satu sen pun tidak dapat apa-apa.
Tak payahlah orang-orang dari parti Untuk Membodek Najib Only (UMNO) hendak menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP sambil berkata DAP akan menjual tanah orang Melayu. Orang Melayu itu sendiri menjual tanah sewenang-wenangnya untuk menimbus kebebalan sendiri.
Berita dari The Edge semalam (28/3/2016)
Lagi satu tanah kerajaan untuk dijual kerana kerajaan kekurangan wang. Berita dari The Edge semalam (28/3/2016).

bhjvdks
Untunglah rakyat Malaysia ada perniagaan buat hutang, langsai hutang seperti 1MDB

FB_IMG_1448348472190
hvjcdks
Alhamdulillah, syukur 1MDB dapat jual aset negara kepada syarikat dari China
Posted on March 29, 2016

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA