Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 13, 2016

NAJIB - KINI SERANGAN BERMULA - 16


Tahniah Tan Sri Irwan. selamatkan najib dan lupakan rakyat.....

Tan Sri Irwan Serigar Abdullah ( gambar ) akan menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor Bank Negara, walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya, laporThe Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan, ketua setiausaha perbendaharaan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.

Penggal perkhidmatan Zeti berakhir pada April dan semalam beliau berkata, Bank Negara sudah mengemukakan nama pengganti beliau.

“Kami sudah membuat cadangan dan kerajaan akan membuat keputusan serta mengemukakan nama kepada (Yang di-Pertuan) Agong,” kata Zeti kepada pemberita semasa majlis Forum Wharton Global 2016 di Kuala Lumpur semalam.

“Hanya bersabar. (Ia akan diumumkan) tidak lama lagi,” katanya ketika ditanya siapa yang akan menjadi pilihan beliau di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohamed Ibrahim.
WSJ melaporkan, Pejabat Perdana Menteri, Bank Negara dan Irwan tidak mengulas mengenai kemungkinan pelantikan itu.

Irwan menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.

WSJ berkata, jika Irwan dilantik, ia “mungkin satu tamparan kepada usaha (melobi) Zeti” untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.

Akhbar itu memuji Zeti kerana “pengurusan ekonomi beliau yang stabil”, menarik pelabur kepada saham dan bon.

Pada tahun akhir tempoh perkhidmatannya, beliau terpaksa bergelut dengan penyusutan ringgit dan kesan daripada skandal berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan Irwan turut menganggotai lembaga itu.

WSJ kali pertama kali mendedahkan pada Julai lalu sebanyak AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan berkata, dana itu datang daripada 1MDB.

2 comments:

  1. tempat duit mesti letak hindu paria

    ReplyDelete
  2. Di saat orang politik atau machai sistem kewangan di pariahkan maka itu jam ringgit cecah rm5.00 1us dollar.. Jahanam ! Jahanam itulah maha firuan mahanajibullah

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA