Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 6, 2016

NAJIB - KINI SERANGAN BERMULA - 13





Bekas pegawai tinggi polis buat laporan terhadap AG Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dengan derma RM2.6 bilion. 




Dalam laporan yang dibuat pada hari Rabu, Mat Zain mendakwa AG disyaki telah "menyalahgunakan kuasanya, menyembunyikan maklumat, dan atau menggunakan keterangan palsu" apabila membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes derma tersebut.  




Dalam laporannya, Mat Zain telah menganalisis dakwaan Apandi bahawa derma itu datangnya dari seorang putera Raja Saudi untuk membuktikan dakwaannya bahawa AG didakwa telah memberi maklumat palsu.  




Memetik senarai Forbes 2013 mengenai individu Arab paling kaya di dunia, Mat Zain berkata, hanya empat orang putera sahaja berada dalam senarai tersebut. 




Mereka ialah Putera Alwaleed Talal yang ketika itu dilaporkan mempunyai AS$20 bilion; Putera Sultan Mohammed dengan AS$2.6 bilion; Putera Abdullah Musaad dengan AS$144.5 juta dan Putera Mutaib Abdulaziz dengan AS$110.1 juta.  




daripada empat orang tersebut, hanya Putera Mutaib adalah anak kepada seorang raja, tetapi AS$110.1 juta yang dimiliknya jauh lebih rendah daripada AS$681 juta yang didermakan kepada Najib.




Mat Zain menganjurkan bahawa jika Najib telah memulangkan AS$620 juta kepada pendermanya pada bulan Ogos 2013, maka kedudukan penderma tersebut akan lebih tinggi dalam senarai Forbes.  Bagaimanapun, Putera Mutaib tidak tersenarai dalam senarai Forbes 2014 mengenai orang Arab paling kaya, menjadikan hanya Putera Alwaleed, Putera Sultan, dan Putera Abdullah merupakan kerabat diraja Saudi yang disenaraikan, hujah bekas pegawai kanan polis itu.~ SUMBER


4 comments:

  1. BAGUS LAH SEKURANG DAH PENCEN AGAK BRANI MENYATAKAN BENDA YANG SALAH BERSAMA DGN FAKTA.ADA BAIK BRANI BERKATA BENAR DARI MENIPU.YANG PENTING KINI ATURKAN STRATIJI BAGI MENANGKAP NAJIB ROSMAH,ZAID,FANDI DAN KPN BERSAMA SAMA DGN RAKYAT JELATA

    ReplyDelete
  2. haa haa haaa Tun M tidak bersekongkol dengan pembangkang. UMNO/BN juga pembangkang. Kita menolak pemimpin yang korup ...adakah umno melindungi pemimpin korup . Laporan PAC sepatut di ketahui rakyat tetapi di letak bawah OSA seperti pemimpin kerajaan dibawah UMNO/BN melindungi sesuatu ...

    ReplyDelete
  3. Bergunung2 buat laporan polis pun tak ada amik tindakan punya. PDRM & AG sumer dh jdi barua Najib.

    ReplyDelete
  4. REFORMASI ATAU PUN DEKLARASI SUDAH BASI TIIDAK RELEVENT LAGI.KENA BUAT CARA LAIN PULAK RAKYAT HARUS BANGKIT SEEBABAB KERAJAAN RAKYAT.NAJI/ROSMAH BERSEROK MENGHABISKAN DANA NEGARA KESANA KESINI MENGUNAKAN JET.RAKYAT DISURUH BERWASATIYAH.INI LAH PEMINPIN YG DILAHIR KAN MENGIKIT BAPAK PENJUAL TANAH RESEVED MELAYU ANAK SAPU DANA NEGARA

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA