Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 21, 2016

NAJIB - KINI SERANGAN BERMUL - 18

Laporan audit berkaitan 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah penghinaan Parlimen dan pelanggaran hak dan kebebasan parlimen  






Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ( gambar ) tidak tahu atas alasan apa laporan audit berkaitan 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).  





Sebaliknya katanya, akhirnya laporan audit berkenaan akan tetap di bentangkan di Parlimen.  “Saya tidak tahu apa alasannya. Tapi pada saya mereka tidak boleh nak sorok semuanya.  



“Lambat laun, ia akan dibawa ke parlimen,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra- pelancaran IIUM Global Home Coming 2016 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini. 



 Semalam, dilaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah mengklasifikasikan laporan audit itu mengikut OSA.  



Semalam, kebanyakan media tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen, iaitu lokasi laporan berkenaan dibentangkan. Hanya media rasmi iaitu RTM dan Bernama yang dibenarkan membuat liputan. 





Sementara itu, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata mengapa laporan itu diletakkan di bawah OSA hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu dari pihak kerajaan. 



 “Saya berasa itu agak aneh juga tapi mesti diletak jawapan kerajaan kenapa diletak di bawah OSA, mesti dihurai…  



“Jika tidak saya fikir banyak persoalan yang nanti akan melemahkan situasi wujud di sekitar kita,” katanya dalam media yang sama.~ Sumber   





  Sementara itu, Ketua pembangkang parlimen, Lim Kit Siang menerusi tulisan di blognya menggesa Pengerusi Kira-Kira Jawatankuasa (PAC) Datuk Hasan Arifin mengusulkan atas nama PAC di Parlimen yang akan bersidang pada hari Isnin ini untuk mengecam Eksekutif kerana pengelasan laporan audit akhir Audit Negara mengenai 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana sau penghinaan Parlimen dan pelanggaran hak dan kebebasan parlimen. 





 Menurutnya, alasan yang diberikan bagi klasifikasi Audit Negara mengenai 1MDB bukan sahaja tidak boleh diterima, malah ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.   



"Sebagai contoh, laporan interim Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah disampaikan kepada PAC pada Julai tidak pernah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

 "Mengapa ia perlu untuk mengklasifikasikan laporan Ketua Audit Negara akhir ke atas 1MDB di bawah OSA, penghinaan keatas Parlimen yang perlu dicabar oleh Ahli Parlimen pada kesempatan yang pertama boleh digunakan, iaitu pada hari Selasa pada 8 Mac." Baca lagi di sini

Tindakan mengklasifikasikan laporan akhir audit mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) bertentangan dengan matlamat utama mencari kebenaran berhubung kemungkinan wujud rasuah besar-besaran melibatkan dana awam, kata kumpulan anti rasuah hari ini.
Mengutuk langkah itu, Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) Cynthia Gabriel berkata perbuatan melindungi laporan ketua audit negara mengenai 1MDB di bawah OSA dianggap sama seperti menghalang keadilan kerana ia menceroboh ke dalam peruntukan undang-undang yang ditubuhkan untuk menangani kes tertentu.
Katanya, ia juga bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC), yang ditandatangani Malaysia pada 2003 dan disahkan pada 2008.
“Sedangkan tujuan utama laporan audit tersebut ialah menyiasat dan membongkar kemungkinan wujudnya korupsi berskala besar dalam dana awam itu, tindakan itu (meletakkan di bawah OSA) bertentangan dengan fungsi laporan audit tersebut.
“Melindungi laporan audit di bawah OSA dan pada masa yang sama menghalang perbincangan serta debat terbuka merupakan tindakan menghalang keadilan, memandangkan ia menceroboh ke dalam peruntukan undang-undang yang disediakan untuk kes sebegitu,” katanya dalam 1 kenyataan yang mengecam tindakan itu.
Cynthia berkata, tindakan itu juga hanya akan menonjolkan lagi kontroversi dalam siasatan ke atas badan pelaburan negara itu selain memberi kesan kepada sistem kehakiman Malaysia.
“Bergelut dengan dakwaan korupsi dan salah urus tadbir yang serius, pihak berkuasa sebuah masyarakat demokratik yang adil dan saksama perlu mendedahkan lebih banyak maklumat dan bukannya menyembunyikan hasil siasatan.
“Tindakan yang sebenarnya mengganggu dan songsang ini mencerminkan situasi tidak sihat sistem demokrasi Malaysia dan tidak menghormati kebebasan maklumat, salah satu tiang demokrasi,” tambah Cynthia.
Sebaliknya, beliau mendesak audit negara menghormati kedaulatan undang-undang dan prinsip keadilan dengan membenarkan debat dan perbincangan yang sesuai ke atas penemuan penting yang terdapat dalam laporan audit itu.
“Menjadi tanggungjawab audit negara mengubah status laporan tersebut serta merta, memandangkan kepentingan awam yang besar wujud di dalam kes ini.
“Berhenti berselindung di sebalik OSA,” tambahnya lagi.
Ahli PAC Tony Pua semalam mengesahkan, laporan akhir audit tentang 1MDB dihantar Jabatan Audit Negara kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diklasifikasikan di bawah OSA.
Audit yang dilakukan kerajaan terhadap 1MDB dijalankan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal tahun lepas, ketika syarikat milik kerajaan itu bergelut dengan hutang sebanyak RM42 bilion dalam masa hanya 6 tahun.
Syarikat itu kini sedang dalam proses penstrukturan semula untuk membayar kesemua hutangnya.
Pada 11 Februari lepas, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata, jawatankuasa itu akan mendengar laporan audit negara itu sebelum memutuskan sama ada akan memanggil lebih ramai saksi.
Beliau berkata, beliau mahu menyiapkan siasatan jawatankuasa itu ke atas 1MDB sebelum sidang Dewan Rakyat yang akan bermula minggu depan.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang memberi taklimat kepada PAC berhubung laporan audit 1MDB itu pada Jumaat dan ia dijangka bersambung pada Isnin.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA