Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 10, 2016

KETUA PUTRI DI BIDAS....

Mas Ermieyati Samsudin

Puteri UMNO sepatutnya menjadi pertubuhan yang 
memberi inspirasi kepada golongan muda wanita, bukan kesetiaan membuta tuli. 
- Ameera Natasha Moore 
PETALING JAYA: Aktivis Change Led by the Young Generation (Challenger), Ameera Natasha Moore membidas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mengkritik Deklarasi Rakyat kerana manipulasi institusi awam negara.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook Challenger, beliau berkata kecewa dengan tindakan Ermieyati, apatah lagi Puteri UMNO yang dipimpinnya sepatutnya menjadi pertubuhan yang memberi inspirasi kepada golongan muda wanita.
“Perbuatan mempertahankan sistem tersebut telah mengorbankan tanggungjawab anda dalam memberikan suara kepada mereka yang memerlukan,” kata Pendebat Terbaik Wanita Cambridge itu.
Kata Ameera lagi, walaupun benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipilih secara demokratik, beliau tidak lagi menjadi simbol demokrasi.
 “Saya ingin memberi kepercayaan kepada institusi-institusi yang ditadbir beliau agar memainkan peranan semak dan imbang, tetapi saya tidak boleh,” katanya.
Namun, Ameera setuju dengan kenyataan Ermieyati sebelum ini bahawa seseorang itu perlu berpegang teguh kepada prinsip, dan berkata itulah yang dilakukan Challenger dengan menolak rasuah dan tindakan menutup kesalahan lampau.
“Apakah (pula) prinsip-prinsip yang anda pegang? Kesetiaan membuta tuli kepada parti politik?” soalnya kembali.
“Ramai yang akan cuba mematahkan usaha kami dengan kata-kata kesat, tetapi saya boleh memberi jaminan kepada anda, kami tidak mempunyai agenda tersembunyi. Kami hanya mahu rasuah dihentikan,” katanya lagi.
Pada minggu lalu, Ermieyati menyifatkan Deklarasi Rakyat sebagai tindakan terdesak dan menafikan dakwaan bahawa tahap demokrasi di Malaysia kian merosot.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA