Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 19, 2016

BLOK 3 - SIAPA IKUT SIAPA?


IKATAN Cabut Nyawa Pas !!   Pas selama ini ngaku kononnya memperjuangkan Hudud hinggakan Mursyidul 'Am Pas Haron Din pernah mengaku bahawa 'Hudud Nyawa Pas'.  




 Pas sanggup melabel pelbagai tuduhan buruk malah 'kafir' kepada siapa sahaja yang bantah perjuangan hududnya itu. 




  Pas begitu beriya-iya nak laksanakan hukum Hudud bila Jamil Khir janjikan jalan mudah untuk Pas bawa ke parlimen nanti.  




  Ternyata janji manis Jamil Khir itu hanya untuk memerangkap Pas untuk menjadi kaldai tunggangan Umno bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat ketika itu. 



  Akhirnya Pakatan Rakyat berjaya dikuburkan dan mereka yang kuat mahu mempertahankan pakatan tersebut disingkirkan melalui 'undi Chai'.  



  Tapi kini nampaknya 'Hudud Nyawa Pas ' itu yang disebut-sebut  Haron Din sudah dicabut oleh rakan gabungan barunya IKATAN.  




 Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. 



 “Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan utk melaksanakan hudud.Baca lagi di sini  


  Hoit! memang itulah apa yang DAP katakan. Itulah juga yang  DS Nizar , Khalid Samad dan rakan-rakan mereka yang kini berada dalam Amanah pernah katakan. 



     Malah itulah juga yang pernah Hj Hadi katakan ketika bersama Pakatan Rakyat dulu dan ketika TGNA masih hidup. Kalaulaporan muka depan Utusan di atas itu membohong, sudah tentu Hj Hadi dah saman!! So walauta jangan nak bagi alasan sebab itu laporan Utusan, maka ia adalah bohong!!  



 Rakaman vdo pun ada di sini, memaparkan Hj Hadi berkata : “Kita dahulukan yang mana dahulu.Dahulukan masalah atasi kemiskinan.Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh dijatuh kalau gaji minima tidak dilaksanakan." 



  Apa yang dibantah oleh kalangan mereka yang profesional dalam Pas dulu adalah cara pelaksanaannya, bukan hukumnya. 





 Hanipa Maidin, bekas pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS diejek 'boo' perwakilan muktamar di Kuala Selangor ketika mendedahkan bahawa RUU persendirian  Hj Hadi yang nak dibawa ke Parlimen itu tidak pernah masuk dalam perbincangan PAS Pusat. 





 "Dan apabila saya lihat RUU itu ada beberapa kelemahan..." jelas Hanipa.  



Pas menjadikan isu Hudud viral walhal benda yang Hj Hadi nak bawa itu pun bukan hudud sebagaimana yang dia kata, tetapi cuma nak meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu...  



 Jadi Presiden IKATAN, Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah orang yang ketinggalan bas bila dia kata, PAS mahu membentangkan hudud di Parlimen bukan utk melaksanakannya tetapi sekadar mahu meningkatkan kuasa mahkamah syariah.




    Seperkara yang peliknya pakatan PAS dengan IKATAN ini ialah, bagaimana Kadir Sheikh Fadzir yang telah keluar Umno ini boleh pula nak berkawan dengan PAS yang dilihatnya berperangai buruk seperti Umno?  



 Dalam satu perbualan santai dengan seorang aktivis bernama Ahmad Sayuti Bin Bashiron,  Kadir Sheikh Fadzir telah menyatakan antara lainnya : "Masalah PR paling utama memang pada PAS. Mulut sebut nak ganti UMNO sejak dulu. Rupanya yg diganti tu perangai-perangai  buruk UMNO diambilnya.  



  "PAS yg diharapkan boleh jadi tempat utk orang-orang Melayu Islam yg sokong UMNO dulu utk datang pada PAS. 




Tapi sekarang hakikatnya orang-orang Melayu termasuk bekas-bekas pimpinan UMNO dalamm PAS itu pun dah makin menyampah pada PAS, dan pakat lari dari PAS. (baca di sini)     Tapi paling pelik dan lawak ialah Pas sendiri yang pernah kata Pas lebih kuat dengan bersendirian. Pas sanggup tinggalkan kawan-kawan yang hebat dan terbukti telah membantu Pas beroleh kejayaan tetapi kini pilih untuk berkawan dengan orang yang pernah mengutuknya!

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA