Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 19, 2016

NAJIB - KINI SERANGAN BERMULA - 6

Terjawab juga akhirnya apa yang Tun Mahathir persoalkan mengenai dua akaun 1MDB yang dibekukan oleh Pihak Berkuasa Singapura atas dakwaan salah urus kewangan dan rasuah di negara itu..

Soalan Tun itu dibangkitkan bila beliau mempersoalkan penjelasan peguam negara bahawa Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan diterimanya kepada kerabat diraja Saudi.  

“Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.

“Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?” soalnya dalam tulisan di blognya minggu lalu.

Tun juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura yang merupakan sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.

Singapura tak tertipu rupanya dan akaun masih lagi dibekukan..

Baca ni.. 
Singapura berkata hari ini bahawa ia telah menyita sejumlah besar akaun bank yang berkaitan dengan kemungkinan kesalahan pengubahan wang haram berhubung siasatan terhadap salah urus kewangan yang didakwa dilakukan oleh firma pelaburan negara, 1MDB.

Dalam satu kenyataan, Singapura berkata Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dan Jabatan Hal Ehwal Komersial, polis republik itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat berhubung siasatan 1MDB.

"Sehubungan dengan siasatan ini, kita sudah berusaha dan akan terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan, sedang mewawancara pelbagai individu, dan merampas sejumlah besar akaun bank," kata kedua-dua agensi itu dalam kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu dibuat selepas ketua pendakwa raya Switzerland pada minggu lalu berkata, siasatan jenayah ke atas 1MDB mendedahkan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion) didapati telah disalahgunakan.

1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia berikutan tuduhan salah urus kewangan dan rasuah. 1MDB menafikan dakwaan itu.

Minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah atau rasuah dan mengarahkan siasatan ke atasnya ditutup.

Najib terpalit dengan kes itu apabila didedahkan bahawa dana AS681 juta didapati berada dalam akaun bank peribadinya. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku lapor Malaysiakini
Akaun dibekukan tapi duit boleh dikembalikan?.. duit apa yang dikembalikan tu agaknya?..

1 comment:

  1. DUA RINGGIT TIGA PULOH SENFriday, February 19, 2016

    mungkin baki duit tu tklah byk.. mcm baki beli nasi lemak saja. boleh dipulangkan serta merta.

    baki itu mungkin bukan 2.03b TETAPI MUNGKIN HANYA RM2.30

    itu sebb dpt dipulangkan dgn segera tanpa rekod

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA