Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 25, 2016

MAT SABU OH MAT SABU.......



Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sau sekali lagi menjadi perhatian umum terutama media apabila muncul isu beliau perlu membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada beks Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) Datuk Wan Ahmad Omar.



Tokoh politik veteran itu akan diisytiharkan muflis jika tidak membayar jumlah tersebut kepada Wan Ahmad.

Isu ini dengan segera menarik perhatian umum di mana serentak itu para simpatisan, generasi tua dan muda, khususnya daripada “rakan Mat Sabu” – seluruh negara – dengan segera melancarkan tabung derma untuk membantu presiden Parti Amanah Negara (Amanah) ini melunaskan bayaran tersebut.

Untuk menyelaraskan urusan pungutan derma ini, Amanah di mana beliau menjadi presidennya, meminta pihak melancarkan “Tabung Solidariti Mat Sabu” berurusan dengan Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang pertikaian.

Kini hampir semua program Amanah di seluruh negara melancarkan pungutan derma tersebut dan sambutan sangat menggalakkan, menggambarkan tokoh politik yang satu ini menjadi kesayangan rakyat.

Mat Sabu sangat istiqamah dengan perjuangan, membela rakyat, demokrasi, keadilan dan kebebasan. Inilah tag-linenya selama ini.

Kehidupannya sangat luar biasa, menjelajah ke seluruh negara untuk menemui rakyat siang dan malam di mana saja, tanpa penat. Beliau biasa naik mahkamah turun mahkamah, dibuang daerah 2 tahun di Kuala Pilah juga ditahan di bawah ISA.

Tenaga dan namanya digerakkan untuk mengumpul pelbagai dana parti lamanya. Undang saja Mat Sabu berceramah maka orang akan ramai datang dan menderma.

Arahkan sajalah beliau ke mana saja dan tugas apapun diberi akan dilakukannya dengan sungguh-sungguh siang dan malam, walau di tengah hujan dan guruh petir. Demikianlah perjuangan tokoh yang satu ini.

Keringat dan penat lelahnya benar-benar untuk rakyat.

Ketika beliau dikalahkan sebagai timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor tahun lalu bersama rakan progresifnya, beliau masih tetap tenang dan senyum lebar, melambai tangan kepada perwakilan, yang menyokong dan menolaknya.

Beliau tetap berdiri di pentas itu. Wajahnya tetap meriah dan matanya tetap bersinar, senyumnya lebar. Ia kemudian duduk sementara dengan rakan-rakannya, mendengar dengan tenang keputusan pemilihan selanjutnya. Hinggalah selesai baru beliau beredar bersama rakannya.

Wajah itu, wajah orang yang tidak merasa kehilangan apa-apa. Namun tentu terlalu sulit untuk menduga apa yang ada di lubuk hatinya.

Namun sikap ceria timbalan presiden yang dikalahkan itu – di antara kerusi di pentas muktamar itu – menjadi citra baru mengenai politik Malaysia, khususnya gerakan Islam di negara ini.

Kalah menang akhirnya tidak selamanya ditentukan siapa yang kehilangan.

Di sinilah Mat Sabu, justeru dalam kekalahannya meneguhkan lagi perjuangannya untuk membela rakyat dan kebebasan serta keadilan bersama rakannya yang lain.

Namun sikap ceria timbalan presiden yang dikalahkan itu – di antara kerusi di pentas muktamar itu – menjadi citra baru mengenai politik Malaysia, khususnya gerakan Islam di negara ini.

Kalah menang akhirnya tidak selamanya ditentukan siapa yang kehilangan.

Beliau memang tidak terkalahkan. Beliau bukan harimau sarkas yang sentiasa dalam kurungan dan hanya keluar sangkarnya apabila diarahkan oleh tuannya untuk menjadi bahan tontonan. Beliau adalah jeneral perang yang sentiasa di front line perjuangan. Ini status yang dimilikinya selama ini.

Dalam beberapa bulan ini beberapa kali saya bertemu dengannya dan isteri, Normah Alwi di beberapa program Amanah dan majlis lain. Dia tetap senyum dan ceria, wajah yang sentiasa optimis akan kemenangan perjuangan rakyat.

Beliau baru pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci, kemudian ke Sabah dan Sarawak, pergi pula ke beberapa negeri di Semenanjung untuk menghadiri pelbagai program Amanah dan Pakatan Harapan hampir setiap hari, menghadiri pelbagai perhimpunan rakyat di mana saja. Justeru, beliau dan rakyat adalah sinonim, berpisah tiada.

Mat Sabu tetap berdiri di pentas seperti biasa, di mana saja, dengan gaya pidatonya yang tersendiri, yang kadang-kadang lucu, kadang-kadang mengejutkan. Beliau tetapi berdiri sebagai soldadu utama dengan segala keberanian dan ketabahannya.

Kepimpinannya diterima rakyat pelbagai kaum, generasi lama dan baru, di kota dan di desa. Nelayan Kuala Kedah mendakapnya ketika beliau berada di kampung itu dan kaum Tionghua serta India juga menyambutnya dengan meriah apabila beliau berada di Subang Jaya dan Petaling Jaya. Beliau ternyata diterima di mana-mana.

Pengkritik tidak berupaya mengalahkannya dengan apa hujahpun, kerana beliau tokoh yang berjuang siang dan malam, memiliki ketabahan, sabar dan stamina yang kuat.

Beliau kini memimpin parti Amanah, sebuah parti politik berakar tunjangkan Islam, yang baru berumur sekitar 6 bulan tetapi menyerlah sebagai parti politik masa depan negara ini.

Mat Sabu memimpin parti berbilang kaum ini, di samping beberapa agamawan progresif seperti Ahmad Awang, Abd Ghani Shamsudin, Hasanudin Yunus, Dr Hassan Baharom dan ramai lagi.

Amanah, menerima baik Mat Sabu sebagai pemimpin utamanya, walaupun beliau bukan seorang ulama dalam pengertian biasa.

Justeru, Amanah berpegang kepada petunjuk dalam Islam yag syarat utama menjadi pemimpin ialah mesti mempunyai keupayaan dan amanah. Beliau dilihat mempunyai keupayaan ini.

Oleh itu, ternyata wujud keharmonian antara saf kepimpinan Amanah dan pendukungnya. Saya yakin Mat Sabu selesa dan gembira dengan suasana yang wujud dalam Amanah ini.

Lebih-lebih lagi parti itu menyediakan ruang kebebasan yang luas untuk berwacana, menerima pelbagai pandangan dalam suasana akhlak Islam.

Kini para sahabatnya, yang bersimpati dengan perjuangannya, serta mereka yang sedar akan perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi sedang menggerakkan usaha melancarkan tabung derma untuknya.

Ternyata Mat Sabu tidak keseorangan di tengah perjuangan ini. Rakyat bersamanya, menyebabkan ia berdiri dengan penuh yakin. – 23 Februari, 2016.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA