Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, January 2, 2016

SATU MEMORI INDAH DI 80AN

Hanya untuk satu memori dan nostalgia kepada gulongan muda zaman ini, 

untuk lebih lanjut cuba risik dan cari dai sumber dan maklumat lain.

80

Siapa antara anda yang berkesempatan untuk hidup masa tahun 1980 an? 
Macam kami ni semuanya muda lagi tak sempat nak rasa hidup pada zaman tu. 
Tapi kami buat research banyak benda yang berlaku, suka dan duka pada
 zaman 1980.
Antaranya pasukan bola sepak memboikot untuk menyertai sukan Olimpik
 di Moscow, zaman Sudirman jadi kegilaan rakyat Malaysia dan macam-macam
 lagi lah! Kalau korang nak tahu lebih mendalam lagi cuba tanya lah mak, ayah, 
pakcik, makcik, atuk yang hidup ketika itu. Tapi sebelum itu, ini antara perkara
 yang berlaku pada 1980. Huhu

1) TV warna diperkenalkan

Screen Shot 2015-12-10 at 3.42.57 PM
Pada Februari 1980, Televisyen warna telah diperkenalkan buat pertama 
kalinya di negeri Sabah dan Sarawak. Pada zaman dulu, kalau siapa yang ada 
TV warna dianggap orang berada la sebab mampu beli.
Sekarang ni bukan TV color je, TV nipis, TV 3D, TV gantung segala jenis TV ada 
di zaman moden ni.. Huhu

2- Sudirman Penghibur tersohor Malaysia
Screen Shot 2015-12-09 at 3.58.38 PM
Arwah Sudirman Haji Arshad ni sememangnya ‘Legend’ dan menjadi 
idola di hati masyarakat di Malaysia. Sampai sekarang kalau orang 
serbut nama Sudirman mesti diorang akan terkenang lagu-lagu popular 
sepeti Salam Terakhir, Basika Tua dan Balik Kampung.
Paling tak boleh lupa bila Sudirman buat persembahan di Chow Kit Road pada 
14 April 1986. Hampir 100, 000 yang turun padang untuk saksikan 
persembahan idola mereka. Epik gila beb!

3- Siapa Lagenda Super Mok

Screen Shot 2015-12-14 at 3.25.23 AM

Mokhtar Dahari ni kiranya Cristiano Ronaldo pada zaman dulu la. Sangat 
lincah dan menjaringkan banyak gol untuk pasukan Malaysia dan pasukan 
Selangor. Sebut sahaja Mokhtar Dahari, ramai pemain antarabangsa yang kenal 
dengan kelibat beliau.
Paling ingat sekali apabila Mokhtar Dahari menjarinkan 2 gol ketika menentang 
Arsenal di Stadium Merdeka. Lawan Arsenal kot beb! Bukan calang-calang tu.

4- Yaohan Shopping Mall terbesar di KL

Screen Shot 2015-12-09 at 4.12.57 PM
Sekarang ni di Kuala Lumpur penuh dengan shopping mall seperti Pavilion, Berjaya Times Square, Lot 10 dan macam-macam lagi. Tapi tahukah anda pada zaman 1980an, Yaohan mall merupakan mall yang paling besar di Kuala Lumpur. Woww!

5- Pasar Seni ( Central Market ) di rasmikan 

Screen Shot 2015-12-11 at 1.20.29 AM
Tipu lah siapa yang tak pernah sampai ke Pasar Seni. Pasar Seni merupakan salah satu tempat yang menarik dan tumpuan bagi pelancong dari luar negara. Oh ya, Pasar Seni atau Central Market telah dibuka buat kali pertama pada Februari 1986. Wahh lama gila.

6- Mee Kari cuma RM1

Screen Shot 2015-12-15 at 11.39.23 AM
Best nya hidup pada zaman dulu. Semua barang harga tak teruk macam sekarang ni. Korang bayangkan, dulu harga makanan macam mee kari, nasi lemak harga serendah RM1 je. Zaman sekarang ni mana nak dapat harga macam tu. Huhuhu  

7 - Jambatan Pulau Pinang yang " Famous "

Screen Shot 2015-12-15 at 11.48.05 AM
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang paling panjang di Malaysia dan juga keempat terpanjang di Asia Tenggara. Tahukah anda jambatan Pulau Pinang mula dibina pada tahun 1982 dan siap pada tahun 1985.
Eh 3 tahun je dah siap? Power gila.. Pembinaan jambatan ini telah memakan perbelanjaan sebanyak RM850 juta.

8 - Bendera - identiti sesebuah negara 

Screen Shot 2015-12-15 at 11.57.23 AM

Siapa ingat lagi pemadam yang ada bendera negara di seluruh dunia ni. Mengaku je laa, sebenarnya pemadam ni yang membantu kita untuk tahu rupa bendera dan nama negara orang lain.
Ada juga yang jenis kumpul pemadam ni sampai satu dunia lengkap buat koleksi. Paling tak pun korang akan guna pemadam ni untuk ‘fight’ dengan member. Macam kat bawah ni;
Screen Shot 2015-12-15 at 12.01.19 PM

 9 - National keperluan elektronik paling trendig


panaso
Pada zaman 1980an, National merupakan jenama barangan elektrik paling terkenal di Malaysia. Bila sebut sahaja ingin beli barang seperti mesin basuh, television atau pun rice cooker, pasti orang akan cari jenama National sampai lah zaman sekarang.
Tapi korang tahu tak sekarang jenama National telah ditukar ke Panasonic. Wahhh dah advance la! Panasonic sekarang merupakan antara jenama paling terkenal di dunia. Terbaik!
Oh yaa, kebetulan Panasonic sekarang ni sedang mengadakan promosi, jualan hebat ‘kaw kaw’ dan peraduan di Instagram untuk anda menangi hadiah yang awesome gila!
Screen Shot 2015-12-15 at 1.06.05 AM
Macam mana nak menang peraduan yang best ni? Haa.. Apa yang anda perlu lakukan ialah kongsi gambar unik anda bersama bersama barang National atau Panasonic kegemaran di Instagram.
Dan anda bakal menangi hadiah yang awesome seperti di bawah ni. Wahhh geram je kami tengok TV tu. Jadi apa anda tunggu lagi? Peraduan ni akan bermula dari 14 Disember 2015 hingga 10 Januari 2016. Masa dah terhad ni!
Screen Shot 2015-12-16 at 5.20.36 PM

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA