Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, January 6, 2016

KERUSI PBT - APAKAH PAN MENERIMA PEMBERIAN MB

Kelahiran PAN dan gabungan antara PAN, DAP dan PKR telah menghasilakan satu suasan " riuh rendah " dalam politik tanah air. Bagi PAS mereka terus berputus arang dengan PAN, kerana kelahiran PAN adalah " dibenci " oleh PAS. PAS sangguh berputus arang di pentadbiran Pulau Pinang tapi tak rela berpisah dengan Kerajaan Pimpinan PKR di Selangor, walau pun PAS perlu bermesyuarat dengan kehadiran DAP. 

Akhir-akhir ini PAN mendesak untuk menduduki beberapa kerusi PBT yang masa kini di kusai oleh parti dari PR ( PAS, DAP & PKR ) dan akhinya MB Selangor bersetuju dengan tuntutan PAN untuk melantik wakil dari PAN, tapi malang bagi PAN 30 yang di tuntut cuma 8 yang dapat diberikan laluan itu pun tanpa menjejaskan kerusi dari PAS.
Pas tak akan beri laluan kepada Amanah

SHAH ALAM - Pas Selangor tidak akan memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mendapatkan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kemarahan akan timbul di kalangan ahli Pas di peringkat akar umbi sekiranya parti memberikan laluan.

“Baru-baru ini di dalam pemilihan nazir masjid, calon-calon Pas yang berkebolehan tidak dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), walhal calon-calon Umno dan Amanah telah terpilih.

“Jika Pas diminta memberi laluan pula untuk ahli majlis, ahli-ahli Pas di Selangor akan bertambah marah lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kuota seharusnya diminta daripada DAP dan bukan Pas yang tidak ada hubungan politik dengan Amanah.

“Pas tak ada hubungan dengan Amanah dan kuota sepatutnya diambil dari DAP yang ada hubungan baik dengan Amanah.

“Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan baik sedia ada di antara ketiga-tiga parti di dalam kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas akan kekalkan bilangan kuota sedia ada dan tidak akan memberikannya kepada Amanah.

Katanya, terpulang pada PKR dan DAP untuk menyerahkan kuota masing-masing kepada parti baru berkenaan.

“Amanah bukan sebahagian daripada kerajaan negeri dan mereka tidak mewakili suara rakyat,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Pas dan DAP memberi laluan kepada Amanah dalam isu pengagihan dan pelantikan ahli majlis PBT.

Beliau berkata, hal tersebut sudah dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini yang turut diwakili oleh PKR, DAP dan Pas. 
-SH

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA