Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, January 30, 2016

ISU 2.6B - HADI SENYAP SUNYI

hadi awang apandi

KUALA LUMPUR 29 JAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoal pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari skandal kewangannya.
Katanya, soalan itu relevan ekoran Hadi satu-satunya pemimpin pembangkang yang memberi sokongan tidak terhingga kepada Najib sebelum ini, malah mendapat pujian Najib kerana menyebelahinya berhubung skandal derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International.
“Bagi menyelesaikan isu itu, tindakan berani kedua-dua komuniti politik dan undang-undang atau kehakiman diperlukan, justeru penting mengetahui sama ada Hadi menyokong keputusan Apandi.
“Kita juga mahu tahu pendirian Hadi sama ada menyokong Peguam Negara ada ‘kuasa diktator’ bagi menjalankan ‘budi bicara mutlak’ melepaskan Najib dari sebarang salah laku atau tidak,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengulas kenyataan Apandi yang mengisytihar tindakan mempersoal keputusan Peguam Negara bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana panel ditubuhkan bagi tujuan itu menyalahi undang-undang.
Menentang keras kenyataan Apandi, beliau berkata, ia berlawanan dengan prinsip undang-undang asas yang diucap Pemangku Ketua Hakim Malaya ketika itu, Raja Azlan Shah dalam kes Sri Lempah tahun 1979 iaitu:
“Setiap kuasa di sisi undang-undang mesti mempunyai had dan batasannya di sisi undang-undang, jika tidak akan menyebabkan pemerintahan diktator. Secara khususnya, ia adalah satu keperluan ketat yang mengikut budi bicara yang perlu dilaksanakan untuk tujuan yang betul, dan ia tidak boleh dijalankan secara tidak munasabah. Dalam erti kata lain, setiap budi bicara tidak boleh bebas dari kekangan undang-undang; dan jika ia salah dilaksanakan, adalah menjadi tugas mahkamah untuk campur tangan.”
Kata Kit Siang, sistem keadilan dan kedaulatan undang-undang mendapat perhatian serius pelbagai pihak dalam negara mahupun masyarakat antarabangsa membabitkan tujuh negara yang mahu siasatan bebas dibuat ke atas Najib berikutan keputusan Apandi itu.
“Adakah Malaysia ada dua diktator – Perdana Menteri hasil dari Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara dan Peguam Negara yang mendakwa ada ‘budi bicara mutlak’ ala-Apandi?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Namun, Kit Siang berkata masih ada harapan buat rakyat apabila beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan, juga pakar undang-undang utama dan peguam di Malaysia, bersedia mencabar doktrin ‘jijik’ yang dibawa Apandi.
Katanya, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan bersetuju tidak wujud kuasa mutlak dalam sistem demokrasi dan budi bicara Peguam Negara perlu dijalankan secara munasabah selepas mengambil kira seluruh faktor. -Roketkini.com

2 comments:

  1. TAHUKAH ANDA : 9 DARI 10 CINA PRO DAP TAPIIII ANDA LAGI TERUK KERANA ANDA HIPOKRIT PUM PANG PAM PANG KATA CINA ITU CINA INI TAPI BELI HP, LAPTOP, BARANG DAPUR SEMUA KAT KEDAI CINA HEHHH - HATTA PAD BINI DAN PAD ANAK PEREMPUAN HAMPA PUN BILA DATANG HAID BELI KAT KEDAI CINA....... bahkan Mydin pun belambak jual barang dari kilang cina dap nih

    poodah mulut juga longkang

    ReplyDelete
  2. duit ni rasanya manis mcm madu kelult

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA