Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 20, 2015

PUSAT LATIHAN GOLF UNTUK ORANG MISKIN.....




Pintu kaca premis yang didakwa menempatkan simulator golf milik agensi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berkunci, manakala kandungannya telah dikosongkan kecuali beberapa perabot dan sampah-sarap.

Krew FMT turun ke Mentari Business Park pada Jumaat untuk melihat sendiri simulator yang diuar-uarkan oleh National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW).

Hanya seorang penjaga tempat letak kenderaan yang berada di situ.

YaPEIM ini macam nak buang duit,” kata Ishak Awang Kechik, yang menjaga kawasan itu sejak 13 tahun lepas.

Saya tengok tiap-tiap hari, orang yang nak datang (ke pusat latihan) itu tidak ada. Cuma pekerjanya sahaja ada…dalam dua, tiga orang,” katanya.

Menurut Ishak lagi, Pusat Latihan INPUT Golf itu telah ditutup antara bulan Jun dan Julai lalu, serta peralatan-peralatan sukan juga telah dipindahkan dan premis itu terbiar kosong.

Sementara itu, penghuni bangunan berhampiran yang enggan dikenali mengesahkan dakwaan Ishak. “Pusat Latihan itu dah tutup dalam pertengahan tahun lalu,” katanya.

Pada Khamis, Pengarah NOW Akmal Nasir mendakwa hasil penelitian penyata kewangan berakhir 31 Disember 2014 mendapati agensi YaPEIM iaitu Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn Bhd (INPUT) memiliki peralatan simulator golf.

Pada hari yang sama, Kelab Penyokong Yayasan yang dipercayai diwujudkan untuk memberi penerangan isu-isu YaPEIM berkata di Facebook bahawa simulator golf itu sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana lapor Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA