Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, December 5, 2015

MT UMNO - TERUS MEMPERTAHANKAN NAJIB...


Tahanan penjara selama dua bulan gagal mematahkan semangat Datuk Khairuddin Abu Hassan daripada beliau terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan para penyokongnya.  


Dalam Facebook beliau melemparkan pelbagai cemuhan khususnya berhubung tindakan Umno yang menghalang timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada berucap kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

“Saya selaku bekas naib ketua Umno bahagian merasa amat malu dengan kepimpinan parti pada hari ini yang telah memimpin parti seolah-olah ia hak 'bapa' mereka punya!” katanya.


Khairuddin mempersoalkan sehingga bila kepimpinan Umno akan terus menipu ahli-ahli dan mengecam anggota Majlis Tertinggi Umno sebagai "kaki bodek", “minda lemah” dan "otak udang".

Bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan itu menggesa semua ahli parti supaya menentang sekeras-kerasnya keputusan mesyuarat MT lalu yang amat tidak adil kepada Muhyiddin.

“Umno semakin gila babi!


“Ini petanda jelas kalangan kaki bodek, minda lemah dan otak udang yang menduduki kerusi-kerusi MT adalah di antara yang sedang merosakkan parti ini.


“Kita tidak seharus takut pada golongan bangang ini. Semua keputusan bodoh mereka mesti ditentang. Ini penting untuk selamatkan masa depan parti Umno yang kita sayangi,” katanya.

Khairuddin, yang kini dibebaskan atas ikat jamin, berkata beliau sering berdoa agar anggota MT disepak keluar kerana semua mereka ibarat 'lembu dicucuk hidung' dan tidak layak untuk memimpin.

“Setiap ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi jangan memberikan walaupun satu undi kepada mereka pada musim pemilihan akan datang sekiranya kita mahu jaminkan parti Umno terus relevan di hati sanubari rakyat,” katanya.

Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang ditahan atas dakwaan cuba mensabotaj ekonomi negara selepas memfailkan beberapa laporan terhadap 1MDB di luar negara.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, pemimpin Umno itu menafikan beliau bertindak atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Najib berundur.

Khairuddin juga menganggap perdana menteri "bermuka tembok" laporMalaysiakini

1 comment:

  1. Hang menyalak sorang2...depa semua dah kenyang..tengok perut masing2 kalah gajah bunting 18 bulan...rakyat pi mampuih la..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA