Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, November 14, 2015

NAJIB DENGAN TIPU HELAHNYA......

Hanya untuk renungan dan fikir-fikirkan untuk tindakan selanjutnya.


Sunday Morning Herald - Australia - Najib " Pariah "



Dakwaan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal kewangan boleh meninggalkan kesan ke atas hubungan antara Malaysia dan Australia, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Akhbar Australia itu memetik ahli akademik Profesor Clive Kessler, menasihati Australia yang berhubungan rapat dengan Malaysia, supaya "mulai sekarang melihat kepada Malaysia dengan serius dan bijak."

SMH berkata kejatuhan Najib sebagai perdana menteri satu hari nanti akan ada impaknya terhadap keutamaan dalam dasar asing Australia, memandangkan negara tersebut mempunyai "lebih banyak ikatan berpanjangan antara institusi dan individu dibina dengan Malaysia berbanding mana-mana negara jiran di Asia".

Ia melaporkan Kessler berkata, Australia percaya dengan "mitos" tentang Najib sebagai seorang yang "moderat, progresif, (dan) liberal".

Tetapi, di Malaysia, Najib "melepaskan pasukan autoritarianisme Islam dan keagungan etnik Melayu," kata Kessler, seorang profesor emeritus dalam bidang sosiologi dan anthropologi, serta seorang pakar Malaysia di University of New South Wales.

Katanya, Australia sering memandang Malaysia sebagai rakan yang mudah diramal dan boleh diharap di rantau ini.

SMH berkata Najib "berdepan risiko menjadi seorang pariah antarabangsa" kerana diselubungi skandal yang melibatkan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya dan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut akhbar tersebut, Australia bersedia kehilangan pertaruhan besarnya atas Najib memandangkan 1MDB, firma pelaburan negara hasil cetusan idea beliau menjadi subjek penyiasatan di beberapa negara.

Ia juga menyatakan dakwaan skandal kewangan beliau juga menyebabkan politik Malaysia menjadi "tidak berfungsi".

Najib menafikan terlibat dalam sebarang salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang untuk kepentingan peribadi, tetapi hari ini Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perdana menteri perlu sama ada menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya atau mendakwa lima media antarabangsa – WSJ, New York Times, Al-Jazeera, Channel News Asia dan The Economist – jika mahu membersihkan namanya.


Najib dengan The AmBank



Seorang pegawai eksekutif ibu pejabat Ambank dipecat gara-gara mempertikaikan arahan majikannya untuk menguruskan pemindahan masuk sejumlah wang SG$21 juta daripada UBS Bank Singapura ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Menyokong dakwaannya itu CAGM memuat naik akuan bersumpah dalam blog mereka yang memetik pegawai itu berkata, pada Mei 2013 beliau diarahkan pegawai atasannya menguruskan pemindahan wang SG$7 juta daripada UBS Bank daripada 3 transaksi ke akaun Najib.


Katanya, seminggu sebelum itu, SG$14 juta dimasukkan ke akaun sama.

Menyedari jumlah transaksi itu besar daripada yang dibenarkan, pegawai yang 14 tahun berkhidmat di Ambank memberitahu pegawai atasannya beliau perlu mematuhi proses yang ditetapkan.

"Memandangkan jumlah transaksi lebih tinggi daripada yang dibenarkan, saya perlu memaklumkan kepada Bank Negara dan saya memberitahu pegawai atasan saya perlu mematuhi prosedur.

"Wang daripada Singapura perlu ditukar kepada Ringgit dan mengikut arahan yang ditetapkan saya perlu memasukkannya ke dalam beberapa akaun semasa.

"Pegawai atasan pada ketika itu bercakap melalui telefon dengan pengerusi Ambank Tan Sri Azman Hashim, menghempas telefon dan menyuruh saya patuh kepada arahan kerana ia melibatkan pemindahan wang orang penting (VVIP) berprofil tinggi," katanya dalam akaun bersumpah yang dibuat di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur pada 8 Mei 2013.

Surat itu kemudian diedarkan kepada media oleh badan bukan kerajaan (NGO), CAGM.


Dalam akuan bersumpah itu pegawai bank berusia 50 tahun itu berkata, beliau juga dimarahi apabila membangkitkan tentang prosedur dan diberitahu Bank Negara membenarkan pemindahan wang tersebut dan dia hanya perlu ikut arahan.

"Saya ada buat salinan slip transaksi di mesin fotokopi dan pegawai atasan dapat tahu apabila beliau memeriksa laporan mesin fotokopi dengan juruteknik di bahagian IT. Saya syak mereka memantau gerak-geri saya melalui CCTV," katanya.

Katanya, setengah jam kemudian beliau dipanggil masuk ke bilik mesyuarat di Tingkat 46 dan terkejut melihat Azman juga hadir.

Beliau kemudian dimarahi kerana tidak mengikut arahan melibatkan pengurusan akaun berprofil tinggi dan membuat salinan slip tanpa kebenaran.

Katanya, pada petang hari yang sama selepas mesyuarat itu, siasatan dibuat dan beliau diarahkan meninggalkan pejabat dan tidak dibenarkan membawa pulang apa-apa barang dari pejabat.

"Pada pagi keesokannya saya diarahkan datang ke bahagian sumber manusia dan diberikan surat berhenti kerja serta-merta 
tanpa diberi peluang 
mempertahankan diri," katanya

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA