Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 8, 2015

ANWAR : MAHATHIR TAK SALAH KRITIK 1MDB


Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melakukkan sebarang kesalahan apabila bertanyakan soalan dan mengkritik perdana menteri berhubung syarikat sarat dengan hutang 1MDB, ulas bekas musuh politik DSAI

Dalam satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini, bekas ketua pembangkang yang dipenjara kerana sabitan kes liwat itu berkata beliau bimbang mendengar Dr Mahathir disoal siasat polis semalam.

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melakukkan sebarang kesalahan apabila bertanyakan soalan dan mengkritik perdana menteri berhubung syarikat sarat dengan hutang 1MDB, ulas bekas musuh politik DSAI

"Saya amat bimbang dengan berita yang bekas perdana menteri Malaysia Dr Mahathir menjadi subjek penyiasatan polis dalam kes fitnah jenayah dan disoal pihak polis pada 6 November," katanya.


"Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanya soalan dan menyuarakan kritikan terhadap perdana menteri mengenai krisis 1MDB," katanya Anwar.

Beliau yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir pada 1998, berkata demikian mengulas laporan mengenai siasatan polis terhadap bekas bosnya kerana kenyataannya mengenai 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak.

"Jika Dr Mahathir pun dilayan sebegitu rupa, hak demokratik rakyat Malaysia untuk menyoal dan mengkritik kerajaan berada dalam keadaan bahaya yang serius," kata Anwar.

"Perlembagaan kita dan hak demokrasi rakyat yang terjamin di bawahnya tidak boleh diketepikan atau diganggu kerajaan atau agensi penguat kuasa.

"Saya melihat dengan kerisauan yang semakin meningkat, ketegangan autoritarianisme yang semakin buruk, dilakukan mereka yang berkuasa.

Daripada menyiasat Dr Mahathir, kata Anwar, Najib dan kerajaan seharusnya menjawab soalan yang diajukan bekas perdana menteri itu, yang turut menjadi tanda tanya di kalangan rakyat biasa.

"Tindakan yang kasar dan menekan ini hanya akan memburukkan lagi krisis keyakinan terhadap perdana menteri, kerajaan dan institusi yang terlibat dalam usaha menutup mulut pengkritik.

"Saya menyeru supaya gangguan ditamatkan terhadap Dr Mahathir, dan semua orang lain, yang hanya menjalankan tugas mereka terhadap negara kita dengan bersuara menentang kesilapan dan salah laku dilakukan kerajaan dan pemimpinnya," katanya.

Polis semalam menyoal Dr Mahathir selama kira-kira 45 minit di pejabat beliau di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. Pemimpin Umno veteran itu bagaimanapun berkata, beliau memilih untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, yang menuntut pembaharuan demokrasi dan peletakan jawatan Najib berhubung skandal kewangan yang didakwa melibatkan beliau.

Pada perhimpunan tersebut, beliau membuat kenyataan terbuka mengenai Najib dan mendakwa beliau mengambil wang rakyat.

Pihak berkuasa membuka beberapa kertas siasatan selepas laporan polis dibuat terhadap Dr Mahathir.

Siasatan yang dijalankan adalah berkaitan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah. – 7 November, 2015.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA