Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 20, 2015

ZETI TERUS MARAHKAN NAJIB....


KE MANA PERGI USD $1.83 BILION YANG BANKNEGARA MINTA 1MDB BAWA PULANG?
Bergegar Malaysia pada petang tadi bilamana Bank Negara Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah “pulang buah paku keras” kepada Pejabat Peguam Negara (AG) dan 1MDB.

Bank Negara dalam pekeliling am tadi telah membalas pekeliling am yang dikeluarkan oleh AG dengan menegaskan peranan Bank Negara selaku badan tata kelola (regulator) tertinggi negara berhubung hal-hal kewangan tetap kekal relevan biarpun Pejabat Peguam Negara telah menepis sebanyak DUA KALI kertas siasatan yang dihantar oleh Bank Negara kepada AG bagi tindakan undang-undang ke atas 1MDB yang dikesan melakukan jenayah kewangan:
Ref No : 10/15/06
Embargo : For immediate release
Kenyataan berkenaan 1MDB
Keputusan Peguam Negara berhubung dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkait dengan saranan Bank Negara Malaysia supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953, ECA). Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada Peguam Negara.
Bank Negara Malaysia, sebagai pihak berkuasa siasatan dengan penuh bertanggungjawab telah menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. Bank Negara Malaysia menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA. Di pihaknya, Bank Negara Malaysia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki Bank Negara Malaysia semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu. Walau bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.
Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah ECA untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai sebanyak USD1.83 bilion. Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act) 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah sebanyak USD1.83 bilion dan mengemukakan kepada Bank Negara Malaysia perancangannya berkaitan dengan perkara ini.
Bank Negara Malaysia akan terus memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bank Negara Malaysia
09 October 2015

(rujuk laman rasmi Bank Negara: http://goo.gl/Z9oOMI)
Selain daripada Gabenor Tan Sri Zeti, kecerdasan dan sifat amanah Bank Negara terzahir pada Timbalan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (Perisikan Kewangan [Financial Intelligence]) yang mengemudi siasatan Bank Negara ke atas 1MDB dengan mengeluarkan kenyataan dan arahan tegas berdasarkan Akta Perkhidmatan Wang 2013 (FSA) yang memberi kuasa penuh kepada Bank Negara untuk menyuruh 1MDB membawa pulang semula USD1.83 bilion (~RM 7.5 bilion) kerana didapati telah melanggari Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA).
Soalnya sekali lagi, apakah kesalahan yang Bank Negara jelaskan berhubung pemalsuan maklumat yang 1MDB telah lakukan sehingga Bank Negara dengan tegas memaksa 1MDB membawa pulang jumlah wang yang amat besar itu?
Hal ini bukanlah rahsia kerana beberapa bulan lalu, akhbar The Edge yang telah digam oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berserta laman siasatan kewartawanan Sarawak Report telah lama dedahkan transaksi-transaksi pelaburan 1MDB yang diyakini telah melanggar banyak undang-undang negara khusus melibatkan Bank Negara.
Antara yang menjadi perhatian adalah berhubung duit 1MDB yang telah digunakan dalam usahasama (joint venture) melibatkan PetroSaudi International (PSI) telah dipakejkan dan melalui beberapa siri transaksi rumit (complex financial engineering). (rujuk laporan panjang berkenaan penipuan ini: http://goo.gl/A8jjFj)
Penipuan tersebut turut sama dijelaskan dalam bentuh rajah transaksi wang yang amat kompleks oleh akbar The Edge (rujuk di sini: http://goo.gl/bVfsCf) sebelum akhbar tersebut digam oleh Kementerian Dalam Negeri.
Namun demikian kini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah batalkan penggantungan akhbar The Edge yang menafikan bahawa The Edge tidak melanggar, seperti dakwaan KDN, Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. (http://goo.gl/ciTv8C)
Antara impak penting kenyataan tegas Bank Negara hari ini ialah:
(1) Laporan The Edge dan juga Sarawak Report berhubung peranan Jho Low dalam menghilangkan wang 1MDB dalam usahsama 1MDB dengan PetroSaudi International itu mempunyai asas yang kukuh, bukan bohongan dan fitnah. Bank Negara telah mengambil tindakan tegas berdasarkan siasatan rapi mereka ke atas semua bahan bukti tersebut.
(2) Titah Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan pada Selasa lalu bukanlah omongan kosong bilamana Majlis Raja-Raja menegaskan “mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.”. Ini menunjukkan Raja-Raja Melayu telah maklum dan memahami kesalahan 1MDB seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara yang telah menerima semua bahan bukti daripada akhbar The Edge sebelum ini. Majlis Raja-Raja tidak akan mengeluarkan kenyataan tegas bersabitkan hukuman kalau mana mereka sendiri tidak memahami kesalahan yang wujud dalam transaksi 1MDB seperti yang ditegaskan oleh Bank Negara hari ini.
Nampaknya kisah duka 1MDB ini sudah hampir sampai di penghujung jalan.
Soalnya, adakah Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan juga menteri bertanggungjawab selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan diambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang Bank Negara tegaskan ke atas 1MDB dalam pekeliling hari ini?
Adakah Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Peguam Negara yang dilantik Yang Dipertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu akan mentaati perintah para Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk laksanakan amanah menyiasat dengan telus, jujur dan mengambil tindakan undang-undang ke atas kesalahan yang dijelaskan oleh Bank Negara ke atas 1MDB?
Kita sama-sama doakan mereka mampu tunaikan amanah tersebut demi Agama, Bangsa dan Negara.
Bukan sahaja seluruh dunia memerhati mereka tetapi lebih penting Raja Segala Raja iaitu Tuhan Yang Maha Esa juga sedang memerhati para penguasa ini.

1 comment:

  1. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
































    saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D




    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA