UMNO, pemimpin dan ahli-ahlinya lansung tidak mengindahkan isu-isu kaitan dengan 1MDB dan sumbangan derma ke akuan peribadi PM berjumlah 2.6b, di pertikarkan malahan kenyataan menteri-menteri yang berbelit-belit amat mendukacitakan.
Dua isu tersebut mencetuskan polemik dalam Umno, bahkan 2 pemimpin tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga tersingkir daripada Kabinet kerana kritikan mereka membabitkan 1MDB.
Saifuddin sebelum ini juga menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri program pembangkang Pakatan Harapan.
Akhirnya SAH KINI, Datuk Saifudin Abdullah, yang pernah menjawat sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan meduduk kerusi MT Umno meninggalkan UMNO seterusnya menyertai PKR.
Pengumuman rasminya dibuat oleh Presiden PKR,
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya.
Wan Azizah dalam sidang media yang di adakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini menyatakan PKR gembira dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar Keadilan.
"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian," kata Wan Azizah.
Walaupun sakit, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa gembira apabila dimaklumkan bahawa bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyertai parti itu.
Berita itu dikongsikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ketika Anwar membuat permohanan qazaf berhubung tuduhan liwat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
No comments:
Post a Comment