Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 10, 2015

PAS KINI DALAM DELIMA KE AHLIAN....


Surat Dari Ust Suhaimi Md Saad

Surat untuk semua yg mengenali saya...

Assalamualaikum....

Buat Sahabat sahabat Surau Taman Sri Penggaram
Dariku: Ust Suhaimi Saad

Semalam (9 okt 2015) sebelum kuliah maghrib di Simpang 3, saya singgah di Surau TSP untuk solat asar berjamaah. Ada beberapa jamaah yg sedikit terkejut dengan kemunculan saya.

Kini daripada 8 kuliah di Batu Pahat kini tinggal 1 kuliah. Inilah harga yg terpaksa saya bayar atas fitnah yg dipanjangkan pada ahli PAS di Batu Pahat.

Saya ke Surau TSP bukan untuk merayu supaya saya dibenarkan kuliah. Saya ke surau TSP untuk membersih nama saya.

Sebolehnya saya nak jumpa semua yg keliru dan dikelirukan tentang diri saya. Hanyalah En Misran dan Pak Syed yg dapat mendengar penjelasan saya semalam

Prinsip saya, bila turun kekuliah bukan sekadar memberi ilmu, tapi yg terlebih penting ialah silaturrahim. Kita bukan hanya akrab dlm ruang solat, tetapi lebih jauh dari itu.

Firman Allah..
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.
(Al-Hujurat)

Saya sedikit kecewa kerana kemelut yg melanda PAS diheret sehingga menghancurkan persaudaraan sesama kita.

Sebolehnya saya tak mahu terlibat dengan kemelut dalaman parti ini. Ianya sangat rumit. Sebab itu saya banyak diam dan tak sentuh isu ini dlm kuliah di Surau atau dimeja sembang antara kita.

Amat mengejutkan saya dituduh sudah meninggalkan PAS dan bersama Amanah.

Seharusnya tuduhan ini dirujuk pada saya. Saya masih Ahli PAS yg saya sertai sejak 1987.

Kenapa saya dituduh dan tak diberi peluang membela diri. Bukankah kita mendokong perjuangan menegakkan syariat Islam, yg mengandungi Hudud, Qisas dan Takzir. Hukum Syariat itu mengajar kita bukti adalah penting dan tertuduh mesti diberi ruang seluasnya untuk membela diri.

Jika dalam hal sekecil ini pun kita gagal menunjukkan akhlak bagai pendokong syariat.

Bagaimana utk kita dokong hukum tg lebih besar dari itu jika yg kecil ini kita gagal menurut lunas akhlak Islam

Tanyalah saya dulu. Sahkan dulu tuduhan ini.

Bukankah Allah telah berfirman...

Wahai orang orang yg beriman, jika datang pada kami satu berita yg dibawa oleh orang orang yg fasik, selidikilah dulu (tabayun) supaya kamu tak menghukum secara yg salah nanti kamu menyesal.
Al Hujuurat.

Dalam dakwah ini saya dah biasa disekat, dirampas microfhon dihalau dari masjid oleh YB UMNO tapi saya tak kecewa sebab yg buat ini adalah pendokong parti sekular. Mereka tidak berakhlak sebagaimana dasar parti mereka juga tak menekankan berakhlak Islam.

Tapi saya dihalang untuk kuliah di Batu Pahat oleh org yg mendokong perjuangan Islam yg bukan saya kenal sehari dua.

Saya ahli PAS di halang oleh orang orang PAS yg sepatutnya menjunjung akhlak Islamiah.

8hb Okt saya dah bertolak untuk ke TSP dan tatkala sampai Muadzam, saya hantar mesej saya akan sampai jam 3 utk kuliah muslimat.

Tiba tiba saya dihubungi dan di maklumkan kuliah saya di TSP di KIV. Alahai dah 2 jam saya memandu kenderaan menuju Batu Pahat. Terpaksa berpatah balik.

Saya rasa bagaikan saya dianiaya oleh ahli Parti yg saya sokong.

Suka saya jelaskan pendirian saya. Saya masih Ahli PAS walaupun sessi ini saya tak dilantik apa apa jawatan sessi (2015- 2017). Alhamdulillah saya redha sebab jawatan adalah amanah. Utk sesi ini Allah tak bebankan saya dengan amanah yg berat ini.

Walaupun tanpa jawatan, kerja dakwah mesti diteruskan. Dari dulu saya tak pernah ulas apa apa yg melibatkan kemelut parti dlm kuliah saya di mana mana surau dan masjid, sbb saya tahu yg mendengar bukan semua org PAS, ada UMNO, atas pagar dll.

Saya tak pernah menyerang, menyindir mana mana kumpulan dan mana mana pimpinan PAS dlm kuliah saya.

Saya berpendirian menyerang dalam kuliah mana mana pihak termasuk yg keluar PAS tak akan menguntungkan dakwah. Sbb depan kita dlm kuliah bukan hanya ahli PAS. Malah kita sebenarnya membuka pekung PAS dengan laungan pengkhianat, tebuk kapal, munafik haraki jika medan kuliah umum digunakan utk tujuan ini.

Akhirnya PAS di lihat, busuk dan menjijikkan


Dakwah ini adalah kewajipan org berilmu. Saya berlepas diri depan Allah jika nanti ditanya kenapa kamu tak menyampai dakwah ini. Inilah Jawapan saya..

"Ya Allah, ampunilah hambamu Ya Allah, bukan aku tak sampaikan agamamu tapi aku dihalang dari menyampaikan dakwah ini"

Lebih kecewa bila saya tahu fitnah ini datang dari agamawan dlm PAS

Atas nama agama dia tipu ahli PAS yg tak mengetahui apa apa. Agamawan seharusnya lebih berhati hati dalam menerima maklumat. Maklumat yg salah dari agamawan akan menyebabkan arang awam juga bertindak salah.

Saya tak akan maafkan org yg fitnah saya dan saya juga tak akan maafkan orang yg memanjangkan fitnah ini.

Terima kasih wahai sahabat atas apa yg kalian dah buat pada saya.

Pun begitu saya tidak sekejam orang yg menganiayai saya. Saya maafkan jika anda datang berjumpa saya. Sbb saya pun nak tahu tangan ghaib mana yang bertindak merugikan perjuangan Islam ini.

Maafkan saya atas luahan perasaan ini. Saya luahkan bukan tujuan untuk memohon berkuliah kembali. Sekadar utk membersihkan nama saya.

Tindakan terdesak ini tidak mengguntungkan dakwah dan tidak menguntungkan PAS.

Pesan saya Islam diamalkan dengan ilmu. Bukan dengan emosi dan semangat.

Pun begitu bila kita berjumpa dimana mana kita tetap bersaudara. Jangan putuskan silaturahim antara kita. Jika berpeluang saya akan terus mengunjungi surau TSP BUKAN untuk berkuliah tetapi utuk meneruskan silaturrahim antara kita yg telah terbina sekian lama

Terima kasih atas bantuan sepanjang perkenalan kita.
Selamat maju jaya buat Surau TSP.

Suhaimi Md Saad
Nom. Ahli PAS 0256874

2 comments:

  1. pada aku kita kena harus hati2 terhadap org2 pandai agama ini,mereka2 ii le yg banyak menyesatkan org hinggakan ada org2 yg taksub dan sanggup pasang bom di badan dan masok ke dalam masjid kemudian meletupkan bom hingga terbunuh beratus2 nyawa org2 islam yg sedang menyembah ALLAH SWT......semua ajaran2 sesat yg tersebar selama ini kebanyakannya telah di asaskan oleh ulamak2 yg mengaji ilmu berpuloh2 tahun di mekah tapi akhirnya sesat.....sbb tu hati2 dgn golongan takfiri wahadi alqaedah isis khawarij ini

    ReplyDelete
  2. Ciri org bertaqwa tu ;
    Pemurah (dlm keadaan senang dan susah),
    Penyabar (menahan marah),
    Pemaaf (suka memaafkan walau tak diminta),
    Penyantun (suka berbuat baik),
    Bnyk mengingati Allah swt,
    Segera taubat bila melakukan kesalahan.
    (3:134-135)

    Semua tu ujian beragama dan berdakwah, sabor je ler ! Jgn ler mudah putus asa.

    cikmatgelap, aku setuju, mmg kena hati hati, jgn jadi wahabi-takfiri-alqaedah-isis-khawarij.
    Punca jadi sesat ni walau pandai agama, 1.Ego-angkuh, 2.Taksub. Ada dua ni, rosak agama.

    Ciri ahli Neraka ;
    1. Kasar - Tutur kata dan akhlaknya,
    2. Degil - Rasa benar sendiri, pantang mengalah, sentiasa nak menang,
    3. Angkuh-ego berlebihan, pandang rendah pd org lain.

    Dan lg, Allah swt membenci org org yg suka bermusuhan.

    Tanda org yg dikasihi Allah swt pulak ;
    1. Tenang,
    2. Tawadduk,
    3. Penyantun.

    So, nak katanya, jadilah org yg dikasihi Allah swt, org yg bertaqwa,
    dan jgn jadi org yg dibenci Allah swt, apatah lg yg ada ciri ciri ahli Neraka, na'uzubillah !

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA