Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, October 12, 2015

PAS - KETAKSUPAN DI TAHAP MELAMPAU


Setelah berakhirnya Muktamar di Tanjong Karang, Selangor yang lalu, PAS kini di landaa sata masalah besar dalam kepimpinan. Mereka sudah tidak lagi boleh menerima kepimpinan dari golongan bukan bertaraf ulama, mereka tidak ingin pemimpin yang kurang mendalami Kaitan dengan Kefahaman Islam. Gulongan Profesinol yang di lihat sebagai cuba mengalihkan hala tuju perjuangan PAS perlu di singkirkan.

PAS yang selama ini dilihat sebagai satu wadah terbaik bagi umat Islam dalam berpolitik nampaknya semakin hari semakin bercelaru dan kacau bilau. Jika dulu walaupun ahli PAS hormatkan pimpinan mereka, tetapi tidaklah sampai begitu ketara ketaksuban seperti mana yang berlaku dewasa ini.


Ustaz Haji Hadi, apakah merancanakan untuk 
Mentalqinkan PAS ?

Jika 30 tahun dahulu ada ahli-ahli yang membuat onar dengan menaburkan fitnah dan sebagainya. Lembaga Disiplin PAS dengan cepat dan tuntas akan mengambil tindakan. Malah pimpinan utama dan Majlis Syura Ulama cukup bertegas akan perkara sebegini. Tapi kini apabila PAS dibawah pimpinan Tuan Guru Hadi Awang, nyata tiada teguran yang dilakukan oleh beliau atas perkara ini. Tindakannya berdiam diri dilihat seumpama membenarkan fitnah dan label melabel dibuat.

Kepimpinan Hadi Awang yang kini dipertikaikan atas asbab integriti dan pegangan telah menyebabkan PAS kini rosak dari dalam. PAS dilihat telah berpecah kepada tiga (3) kumpulan.

Kumpulan pertama adalah kumpulan yang dilihat taksub dan wala’ melampau kepada kepimpinan Hadi Awang tanpa ada pemikiran yang rasional. Kumpulan ini nampak agresif dengan tindakan melabel-labelkan serta menjatuhkan hukum sempit kepada pihak yang tidak sependapat dengan mereka. Malah kumpulan ini dilihat menguasai sepenuhnya ruang didalam media sosial. 

Fakta dan bukti bukanlah menjadi hujah utama mereka melainkan daripada emosi dan fitnah semata-mata serta caci maki yang menjadi tunjang utama kumpulan ini. Kumpulan ini dilihat agak ekstrem dalam urusan mereka sehinggakan menakutkan orang bukan Islam untuk mendekati dan menerima Islam sebagai Ad-Deen. Kumpulan ini dikenali sebagai Geng Ustaz, 


Ustaz Haji Ahmad Awang
Penasihat 1 kepada Parti AMANAH

Ustaz Group atau Ulama Group.

Kumpulan kedua pula adalah kumpulan yang melihat kemenjadian PAS dan hala tuju PAS secara rasional dalam konteks berfikiran terbuka dan masyarakat Malaysia yang majmuk. Kumpulan ini dilihat cuba melakukan dakwah Islamiyah secara lembut kepada masyarakat yang bukan beragama Islam. Kumpulan ini melihat hala tuju PAS dalam kerangka masyarakat berbilang bangsa dan kaum serta agama. Mereka ini lebih dipercayai oleh kaum Cina dan India serta lain-lain bangsa atas sebab kumpulan ini menonjolkan Islam itu agama yang rasional dan bukan ekstrem. Kumpulan ini dikenali sebagai Professional


Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang tidak tahu yang mana satu kumpulan yang betul-betul membawa PAS kearah kebaikan dan menjadi mainstream. Kumpulan ini cukup besar keahliannya tetapi mereka boleh condong kepada mana-mana kumpulan lain hanya dengan melihat kumpulan mana yang menang. Tindakan kumpulan ini boleh dikatakan seperti lalang.

Presiden AMANAH - Hj. Mat Sabu

Apa yang pasti. Jika pimpinan utama PAS tidak mengambil sikap proaktif dalam menangani masalah in, saya beranggapan PAS mungkin akan terkubur dari persada politik mainstream negara pada PRU15 dan selepas itu. Sukar untuk PAS bangkit kembali jika PAS memilih untuk menjadikan Kumpulan pertama sebagai kumpulan yang mendominasi kepimpinan PAS.

Dari sini kita boleh lihat jika PAS tersalah buat pilihan maka masa depan gelaplah yang akan menunggu PAS.

2 comments:

  1. biar mampus dan biar pupus selagi ada peminpin tak telus dan tak tulus.Pas sedang berjalan di pasir jerlus dan kalau silap langkah akan terjelus dalam lumpur halus.

    ReplyDelete
  2. Slmt tinggal pas

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA