Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 6, 2015

DAH GALAK MAHATHIR PESAN - TAPI NAJIB RELEKS

Rasanya sudah dua tiga kali Tun Mahathir Mohamad menyebut mengenai perlunya Najib Razak dikalahkan di kawasan di pilihanrayanya, Pekan sebagai salah satu cara menghalangnya daripada terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum akan datang.Ini tentunya berikutan sikap Najib yang enggan mengalah serta terus mahu berpaut di kerusi yang didudukinya di singgahsana Perdana Putra meskipun hingar bingar menolaknya bukan lagi sekadar kedengaran di dalam negara, malah sudah merebak ke banyak penjuru dunia.

Semalam, dalam satu majlis anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, di Ampang, bekas Perdana Menteri itu mengulangi sekali lagi perkara itu.Kali ini, selain meminta pengundi Pekan mengalahkan Najib dengan menolak sebarang bentuk percubaan memberi mereka wang, beliau juga mahu mereka mencontohi sikap pengundi Cina.

Saya lihat, orang Cina kalau kepentingan mereka terancam, mereka akan bersatu dan sanggup melupakan kepentingan parti yang mereka anuti, tambah beliau.

Katanya, pengundi Pekan juga perlu bijak dan berpakat dengan baik serta belajar daripada semangat orang Cina itu.Bagaimanapun, jelas Tun Mahathir, sama ada mereka boleh berpakat dengan baik atau sebaliknya, ia ditentukan oleh pengundi Pekan sendiri.

Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah di Pekan, tetapi dalam masa yang sama pastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya, hurainya lagi.Nampak macam menarik idea Tun Mahathir, malah ramai yang bersorak dan bertepuk tangan mendengarnya.

Soalnya, bolehkah Najib dikalahkan di Pekan? Meskipun Najib pernah menang tipis 241 undi pada pilihanraya 1999, tetapi selepas itu majoriti kemenangannya boleh dikira cukup selesa.Beliau dikatakan bukan saja lebih memperkemaskan jenteranya menangani segala macam masalah di kawasan pilihanrayanya itu, bahkan turut aktif menambah pendaftaran pengundi juga bagi memastikan kemenangan tipis itu tidak berulang lagi.

Sebab itu, majorit kemenangan Najib dalam pilihanraya 2004 terus melonjak kepada 22,292 undi. Malah jika dalam pilihanraya 1999, jumlah yang keluar mengundi hanya seramai 27,539 orang, angka itu meningkat kepada 41,102 orang pada pilihanraya 2004.Daripada majoriti kemenangan sebanyak 22,292 undi pada 2004 pula, keselesaan itu berterusan lagi dengan menjadi 26,464 undi pada pilihanraya 2008 dan 35,613 undi pada pilihanraya 2013 yang lalu.

Mengambil kita semua angka-angka ini, bagaimanakah Najib mampu ditewaskan?Apakah perlu Tun Mahathir sendiri bertanding di Pekan melawan Najib?Atau, kalau pun tidak Tun Mahathir sendiri yang bertanding kerana faktor usia dan sudah pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, adakah dalam pilihanraya akan datang beliau akan mengambil keputusan turun berkampung sepenuh masa di Pekan bagi berkempen menewaskan Najib?

Mungkinkah pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Tun Mahathir seperti Sanusi Junid, Ibrahim Ali dan lain-lain akan turut sama dengannya "membelasah" Najib di Pekan sepanjang musim kempen pilihanraya akan datang nanti?Dalam hal ini, memandangkan Najib yang ingin ditumbangkan, apakah Tun Mahathir turut sedia berpakat dengan Pakatan Harapan agar mereka dapat meletakkan calon yang benar-benar sesuai, berwibawa dan "heavyweight" bagi melawan Najib itu?Hakikatnya tentulah tidak bermakna jika Tun Mahathir sekadar mahukan tewas di Pekan, tetapi calon yang berlawan dengannya sekadar "ikan bilis" saja.Jika dalam kes menekan Tun Abdullah Badawi dulu, Tun Mahathir sanggup keluar UMNO, apa agaknya pilihan Tun Mahathir bagi mencapai keinginannya melihat Najib tumbang di Pekan ini?-http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA