Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 31, 2015

BONUS - GURU SELANGOR BERGEMBIRA

sHAH aLAM 31 oKT. 2015


Semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bonus setengah bulan gaji pada akhir tahun ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan hadiah itu sebagai sebahagian daripada bajet negeri 2016.

Beliau berkata, ia susulan bonus sebulan gaji yang dibayar pada Mei lalu. Pembayaran bonus itu akan melibatkan kos sebanyak RM44.1 juta kepada kerajaan negeri dalam Bajet 2016 itu, kata Azmin.



"Atas sumbangan mereka melaksanakan dasar kerajaan negeri secara efektif dan berkualiti serta mengambil kira prinsip perbelanjaan berhemah, kerajaan negeri bersetuju memberikanbonus satu bulan setengah gaji. "Pembayaran bonus sebulan gaji dibuat pada Mei tahun ini.

"Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember, 2015 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak," kata Azmin dalam ucapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjawat awam yang bertungkus lumus meningkatkan hasil untuk membiayai pembangunan demi kemakmuran rakyat Selangor.

Pada masa sama, Azmin turut mengumumkan kenaikan elaun bagi 6,900 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daripada RM1,300 kepada RM 1,500 sebulan, yang melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM18.71 juta.

Termasuk juga katanya, peruntukan RM1.41 juta untuk menaikkan elaun 150 guru di Kafa Integrasi Negeri Selangor daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan.

Selain, itu ketua guru juga dinaikkan elaun daripada RM100 kepada RM150 sebulan dan elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid naik sebanyak RM80 dengan implikasi kewangan sebanyak RM819,579.60.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA