Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 14, 2015

BAYARAN TOL DI SELANGOR TAK NAIK.

Kerajaan Selangor membantah kenaikan kadar tol di 12 lebuh raya bemula Khamis ini kerana ianya membebankan rakyat, kata Mohamed Azmin Ali. MB Selangor.

Katanya, dasar kerajaan negeri adalah membantah kenaikan tol yang membebankan rakyat.

Sehubungan itu, beliau telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada Khamis.

PKNS dan KPS mempunyai kepentingan minoriti dalam Lebuhraya Klang Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

“MTES akan meneliti maklumbalas dari PKNS dan KPS. Dasar Kerajaan Negeri adalah jelas membantah sebarang kenaikan tol yang membebankan Rakyat,” tulisnya di akaun Facebook.

Kenaikan kadar tol yang diumumkan baru-baru ini melibatkan lebuh raya antara bandar.

Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) menafikan dakwaan bahawa penyelarasan kadar tol baharu yang diumumkan akan memberi keuntungan besar kepada pemegang konsesi.

PSKLM dalam kenyataan pada Rabu sebaliknya menegaskan, penyelarasan kadar tol itu bagi membolehkan anggota syarikat konsesi terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA