Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 1, 2015

UMNO KATA: NAJIB BAHAYA, APA KATA POLIS


Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke demonstrasi
Bersih 4.0 menunjukkan beliau tidak memilih bangsa untuk bersama rakyat
yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Perdana
 Menteri telah bertindak berani untuk bersama penunjuk perasaan
 yang kebanyakannya bukan Melayu.“Apa ruginya Tun di himpunan BERSIH
 kecuali yang fikir akan bangsatkan diri sendiri. 

Beranikah Kit Siang di tengah Melayu yang marah,” tulisnya bagi menjawab
 kutukan pihak tertentu terhadap Dr Mahathir.Tulisnya lagi, kehadiran
 itu membuktikan bahawa Dr Mahathir tidak bimbangkan kebangkitan
parti DAP tetapi khuatir dengan Najib yang dianggapnya lebih berbahaya
daripada parti itu.
“Kepada ribuan peserta BERSIH Tun tegaskan dia mahu BN kekal tapi hanya
mahu Najib undur. Dia tidak sokong Bersih.“Kenapa Tun hadir di himpunan
 Bersih Cina? Kerana Tun fikir Najib lebih bahaya dr Dap. Tidakkah ini
juga yg difikiran oleh orang Melayu?“Jelas tujuan Tun in whatever cause
Najib must go. 

Itu sebab utama dia hadir di BERSIH. Dia mahu Najib pergi kerana dia
 sayangkan Umno,” katanya.Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan
Melayu itu turut kesal dengan akhbar milikan UMNO, Utusan
Malaysia yang menyatakan Mahathir hadir ke demonstrasi Bersih 4.0
adalah kerana menyokong tindakan rakyat.

Namun, akhbar itu tidak menjelaskan tujuan utama Mahathir datang
ke acara tersebut adalah untuk menyokong rakyat yang mahu Najib segera
 berundur.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA