Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 14, 2015

MERAH - KEANAK-ANAKKAN - ZAID

Hanya beberapa hari lagi, hari ini dah 14 Jun dan cuma tinggal sehari saja untuk NGO di bawah pimpinan Dato Jamil Yunus membuat keputussan sama ada akan meneruskan " tunjuk rasa - MERAH " di teruskan atau sebliknya. Kini sudah pun terdengar rintihan dan rayuan agar Tunjuk Rassa ini di batalkan sahaja. Selain kepimpinan UMNO orangan perssaorang juga memberikan pandangan yang memerlukan progam ini di batalkan.

Selain ketidak sesuainya perarakan itu, keadaan cuaca juga tidak menyebelahi kumpulan MERAH ini, negara sedang di landa " awan tebal " yang mana ianya boleh memberikan kesan kesihatan kepada mereka yang sentiasa berada di kawasan lapang.

Ini pandangan antara mereka:-



Matlamat "perhimpunan baju merah" pada 16 September ini adalah kebudak-budakan dan hanya akan menjadikan orang Melayu sebagai bahan ketawa, kata bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata perhimpunan itu seharusnya menjadikan desakan kepada peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai keutamaan jika ia benar-benar mahu menebus maruah bangsa Melayu.


Tetapi sebaliknya, perhimpunan itu hanya berhasrat memberi amaran kepada orang Cina supaya tidak bersikap kurang ajar berikutan perhimpunan Bersih 4 dan bertujuan menunjukkan kekuatan orang Melayu dengan berkumpul dan menjerit di jalanan, tulisnya.

"Kedua-dua alasan untuk perhimpunan baju merah ini kebudak-budakan dan keanak-anakan serta hanya akan membuat orang Melayu menjadi bahan ketawa masyarakat," tulisnya di bawah entri bertajuk "Perhimpunan Baju Merah".

Beliau berkata, jika mereka melemparkan kutukan, mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut kaum Cina, mereka hanya akan menunjukkan kepada dunia betapa ceteknya pemikiran mereka.




Bekas menteri undang-undang itu mencadangkan supaya penganjur perhimpunan sebaliknya memberi tumpuan kepada 5 tuntutan tertentu yang akan menarik sokongan masyarakat Melayu yang lebih besar dan juga kaum lain.

"Permintaan pertama sepatutnya mendesak Najib untuk berundur. Tiada apa yang akan menebus maruah Melayu selain daripada meminta PM untuk meletak jawatan. Biarkan timbalannya mengambil alih.

"Jika ini dilakukan, rakyat Malaysia akan mengingati kumpulan baju merah ini sebagai pejuang yang mempertahankan maruah dan integriti Melayu," kata Zaid.

Beliau berkata, peserta perhimpunan juga perlu menuntut supaya Putrajaya menarik balik larangan ke luar negara yang dikenakan ke atas pelajar Melayu yang gagal membayar pinjaman mereka.

Mereka perlu menuntut kerajaan menyelesaikan perkara itu melalui tindakan undang-undang, bukan dengan mengenakan sekatan perjalanan, kata Zaid.

Beliau berkata larangan itu memalukan kerana ramai dalam senarai hitam itu mengelak membayar hutang kerana tidak mampu berbuat demikian.

Matlamat ke-3 yang sepatutnya diperjuangkan ialah menuntut supaya peratusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikurangkan bagi menurunkan harga barang, kata Zaid.

"Sukar untuk mempertahankan maruah dan kehormatan anda apabila harga bahan makanan di luar kemampuan dan anda tidak mampu memenuhi semua keperluan anak-anak."


Katanya, mereka perlu menggesa kerajaan supaya bersiap sedia dengan musim tengkujuh yang bakal tiba tidak lama lagi berikutan kurangnya persediaan menghadapi bencana banjir pada tahun lepas "memalukan orang Melayu".

Mereka juga mesti menuntut kerajaan menyelesaikan pembinaan semula rumah yang terjejas akibat banjir seperti yang dijanjikan, memandangkan penduduk di kawasan itu bakal mengalami gelombang baharu banjir dalam tempoh 3 bulan lagi.

"Akhir sekali, peserta perhimpunan baju merah mesti menggesa kerajaan menyediakan kereta api berkelajuan tinggi dari pantai timur ke barat daripada membuang berbilion ringgit untuk membina keretapi berkenaan ke Singapura.

"Perhimpunan baju merah" atau Himpunan Maruah Melayu itu dikatakan diadakan oleh kumpulan hak Melayu bagi menentang perhimpunan Bersih 4 bulan lepas, yang antara lain mendesak peletakan jawatan Najib berhubung dakwaan skandal kewangan.

Perhimpunan ini juga diadakan untuk menyatakan kemarahan terhadap peserta Bersih 4 yang memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penyokong merancang untuk berkumpul di Jalan Bukit Bintang dan berarak ke Padang Merbok, selama 12 jam bemula tengah hari 16 September iaitu Hari Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau menghormati hak untuk berhimpun seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi menambah isu keselamatan dan ketenteraman awam perlu diambil kira ~ The Malaysian Insider


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA