Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 10, 2015

ISU RM2.6B MASIH MENGHANTUI RAKYAT

Isu RM2.6billion atau pun USD700, terus menghantui rakyat dan sebaliknya pihak pemerintah khususnya dari kepimpinan UMNO terus berusaha untuk menyakinkan rakyat bagaimana wang itu boleh di deposite terus ke akuan PM. Kekadang hujah mereka seolah-olah melambangkan betapa bodohnya mereka, dan tida boleh aah ditidak layak mereka di " nobatkan " sebagai seorang menteri walau pun kelulusan baik, mereka bak kata pepatah " otak ada tapi akal tak ada "

Beberapa kenyataan yang boleh di fikirkan sejauh mana keikhlasan PM dan " balaci-balacinya " dalam menangi isu tersebut.

1. Dato’ Sri Najib dan penyokong-penyokongnya perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya adalah derma.

2. Tiada siapa percaya atau boleh percaya bahawa wang sejumlah besar itu boleh diderma oleh sesiapa kepada Dato’ Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja atas apa jua sebab.

3. Menjelaskan bahawa ia telah diberi kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State (IS) adalah tidak munasabah kerana Islamic State mulai menunjukkan jenama keganasan mereka itu hanya pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

4. Berkata ia adalah kerana sikap kesederhanaan Malaysia dalam Islam adalah juga tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah berpendirian melampau dalam amalan Islam.

5. Mengapa 700 juta dolar? Sesungguhnya ini adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di Malaysia, kecuali ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa ada orang yang mahu merasuahkan pengundi Malaysia supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi oleh orang-orang asing.

6. TPM baru mengatakan dia telah berjumpa Arab yang memberikan wang itu. Jikalau begitu hendaklah ia buktikan bahawa Arab ini mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain. Apakah sumber wang ini? Apa perniagaan yang dia buat? Apakah nama bank yang dia gunakan? Tunjukkan akaunnya di bank, cek-cek yang beliau keluarkan, terutamanya USD700 juta itu. Bank penerima mesti masih memegang cek-cek itu.

7. Semua maklumat ini mungkin telah pun disahkan oleh pasukan petugas yang empat itu. Tetapi Najib telah membongkarkan pasukan petugas dengan memecat Peguam Negara, menghantar ketua SPRM bercuti, dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia Kerajaan.

8. Sekarang SPRM dikatakan masih menyiasat 2.6 bilion itu. Ia adalah suatu SPRM yang telah dilumpuhkan. Jika Najib serius untuk menyiasat RM2.6 bilion kepunyaannya dalam Ambank, beliau perlu melantik semula pasukan tugas yang asal. Satu pasukan petugas baru yang penuh dengan orang-orangnya tidak mempunyai kredibiliti.

9. Bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan. Tetapi bank-bank juga dikehendaki melaporkan pengubahan wang haram yang disyaki. Bank-bank Malaysia, bank-bank Singapura, bank-bank Switzerland dan bank-bank Amerika tidak patut merahsiakan perniagaan mereka yang melibatkan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah dilakukan mereka?

10. Apabila wang yang dicuri dimasukkan melalui bank-bank, objektifnya adalah untuk menjadikan ia halal, untuk menyucinya (launder). Namun wang itu telah lesap dari Ambank kerana akaun itu ditutup.

11. Apabila akaun ditutup, ini tidak bermakna bahawa jumlah wang yang besar itu dibawa keluar secara tunai. Ia semestinya telah dipindahkan kepada bank lain. Namun kita tidak mendengar mana-mana bank yang melaporkan wang ini ada pada mereka. Dua akaun dilaporkan dibekukan di Singapura. Itu sahajakah? Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat. Tetapi setakat ini tiada apa yang kedengaran. Adakah bank-bank boleh ambil wang ini! Jika ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang perlu diambil, sudah jelas wang ini telah dicuci (laundered).

12. Jika ini adalah demikiannya, maka mengapa bank perlu meneliti sejumlah wang yang banyak yang didepositkan dengannya. Lebih baik mereka langsung tidak meneliti jika jumlah besar yang mencurigakan itu, yang menjadikan subjek penuh kontroversi ini, disimpan sahaja oleh mereka.

13. Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya bahawa RM2.6 bilion adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk beliau memenangi pilihan raya. Rakyat Malaysia tidak mahu mempercayai bahawa calon mereka untuk pejabat tertinggi di negara ini merupakan penama seseorang dari negara lain. Apakah yang akan menjadi kewajipan beliau kepada penyokong-penyokong? Adakah beliau akan berkhidmat untuk rakyat Malaysia atau untuk negara asing?

14. Berhentilah berfikir bahawa rakyat Malaysia bodoh.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA