Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 25, 2015

AMANAH - PAS SEPATUTNYA BERUNDING



SUBANG JAYA – Meskipun tidak terlibat dengan pergerakan Pakatan Harapan yang baharu dibentuk, Pas seharusnya mengadakan rundingan dengan pakatan.
 
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, rundingan antara Pas dengan Pakatan Harapan perlu diadakan bagi memastikan terjalinnya kerjasama dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Saya berharap Pas lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini. Pembangkang seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan mesej  tepat kepada rakyat bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga penjuru pada PRU akan datang.
 
“Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh Pas, Pakatan Harapan) membayangkan pertemuan tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan harapan rakyat yang menyokong pembangkang selama ini,” katanya kepada Sinar Online.
 
Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini. 

Beliau dalam pada itu turut mengharapkan Pas untuk bergabung bersama DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara dalam usaha membentuk pakatan baharu.
 
“… Ya, saya masih mengharapkan penyertaan Pas dalam pakatan ini atau pun ada kaedah (jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga penjuru.
 
“Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa Pas, pakatan baharu ini tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlarutan. Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan hubungan. Pakatan perlu menghubungi Pas dan Pas juga harus sedia untuk duduk di meja perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama,” katanya lagi.

2 comments:

  1. TGHH awal2 lg dah tolak...sbb melebelkan PH pengkhianat.
    itu salahnya PAS berpemimpinkan TGHH yg angkuh

    ReplyDelete
  2. Sampai sekarang JKPP masih belum bermesyuarat,padahal telah melihat Pas dalam keadaan carcamarcba,Sepatutnya JKPP mencari punca mengeap Pas terjadi begini ,bukakah kalau JKPP memutuskan agar Presiden ,mursdol Am dan Mhafoz jor berrehat dan memberi lalauan kepad TMTI mnegpalai Pas insyallah Pas akan bertambah kuat dengan merangkumi semula peminpin G18,mengapa JKPP mmebisu,apa kah takut pada kuasa presiden?.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA