Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, August 9, 2015

TENGKU NAN = SALAH LAKU PEMIMPIN AHLI PERLU PERTAHANKAN

Isu 2.6billion jelas telah memperlihatkan bagaimana ketua pemimpin memainkan peranan untuk memastikan kepimpinan dapat di teruskan. Apa tidaknya dari isu 1MBD terjelma pula sumbangan  RM2.6billion, tak sangka yang di kejar tak dapat yang lain pula dapat. Akhirnya rombakan kabinate di perlukan dan rombakan ini jelas perlantikan kepada mereka yang seia dan sekata dengan PM sahaja di lantik.

Isu ini juga dapat melihatkan bagaimana UMNO mula mempelihatkan pertelingkahan sesama mereka.



Ketika pembukaan mesyuarat Umno Lembah Pantai 2 Ogos lalu, setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata yang Umno

menjadi lemah akibat ahli-ahlinya yang suka membuat fitnah.




“Umno lemah hari ini, kenapa? Kerana ahli sendiri. Kita ada kira-kira 30 peratus ahli yang suka adu domba, buat finah dan terpengaruh dengan cerita pembangkang. Inilah masalah Umno,” katanya seperti dipetik.

Tetapi Tengku Adnan, kenyataan anda terlalu jauh dengan kebenaran. Tolong jangan salahkan akar umbi Umno. Mereka sudah cukup menderita. Umno lemah bukan kerana ahli yang suka memfitnah pemimpin. Umno lemah kerana ramai dalam parti itu yang korup dan sudah tiada integriti dan kebertanggungjawaban.

Dengan menyalahkan ahli akar umbi ke atas krisis kepimpinan parti, Tengku Adnan seolah-olah cuba mengelak perkara yang jelas kepada semua. Sama seperti pemimpin Umno lain seperti Abdul Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan menteri yang baru dilantik Azalina Othman Said, Tengku Adnan memilih untuk buat tak nampak gajah di depan mata.

Memang perlu banyak keberanian untuk menghadapi dengan krisis secara berdepan dan menanganinya. Kebenaran akan ditegakkan jua. Inilah apa yang dilakukan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin. Sebagai ‘habuannya’, Muhyiddin disingkirkan daripada Kabinet dengan cara yang bacul. Naib presiden Umno Shafie Apdal juga tersingkir atas sebab yang sama.

Kedua-duanya mahu mengetahui kebenaran di sebalik wang RM2.6 bilion, yang kini sudah sah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.


Pemimpin Umno patut meninggalkan retorik dan menegakkan kebenaran dan keadilan. Dengan cara ini, mereka pasti akan lebih dihormati dan Umno akan lebih kuat. Jadi Ku Nan, tolonglah berhenti menyalahkan akar umbi Umno di atas krisis kepimpinan yang dihadapi.

Percubaan untuk menyatakan yang wang itu disimpan bagi pihak Umno juga tidak memadai. Wang yang disimpan atas amanah perlu mematuhi Akta Pemegang Amanah 1949. Adakah ia dilakukan dengan persetujuan Majlis Tertinggi? Jika ya, mengapa Muhyiddin yang masih merupakan timbalan presiden Umno tidak tahu? Mengapa Shafie Apdal tidak tahu?

Pemimpin Umno juga sering berubah nada dalam skandal RM2.6 bilion ini. Kini dikatakan pula bahawa wang tersebut adalah “derma” politik, daripada penyokong Umno. Tetapi mengapa tidak beritahu begitu dari awal?
Tolonglah Ku Nan. Bijak pandai ada berkata, apabila anda tidak dapat pertahankan apa yang memang tidak dapat dipertahankan, berkatalah benar walaupun sukar. Jadi Ku Nan, tidak perlulah beri syarahan bodoh anda kepada akar umbi Umno.

Akhir sekali, tolong juga ingat bahawa Umno ini dilihat sebagai benteng kepada sistem politik negara. Barisan Nasional juga diselubungi ketidaktentuan akibat krisis kepimpinan Umno.

Inilah masanya untuk pemimpin Umno dan BN mula bercakap secara rasional dan mengambil jalan sederhana. Walaupun seakan sudah lambat. Inilah masa terbaik bagi Umno untuk membetulkan kesalahan, seterusnya menjadi lebih baik dan kuat.

Berbanding menafikan apa yang benar, mengakulah kesalahan anda. Angkat pemimpin baru yang bertanggungjawab dan jujur. Satukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan pulihkan semula ekonomi negara.


Bekas Menteri Sifatkan BN Dah Gila. Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah ( gambar ) membidas pemindahan dua pegawai utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri, menyifatkannya satu tindakan "tunjuk kuasa terang-terangan".


Terdahulu hari ini, Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.

"Ini ialah tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan dan menunjukkan yang ada orang yang tidak berpuas hati dengan usaha SPRM mencari kebenaran," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider hari ini mengulas perkara itu.

Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.


Bekas Menteri Sifatkan BN Dah Gila

SPRM sedang meneliti SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ketika ini di bawah Kementerian Kewangan.

Pihak polis mendakwa wujud kebocoran dalam siasatan 1MDB dan mengkhususkan siasatan mereka ke atas SPRM."Ini akan menguatkan persepsi yang terdapat satu halangan yang jelas bagi SPRM dalam menjalankan tugas mereka," kata Saifuddin.

Menerusi mesej di akaun Twitternya, beliau juga menyifatkan pemindahan itu satu "kegilaan". Saifuddin juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global. 



Beliau diketahui umum sebagai seorang yang sederhana dalam Umno dan sering tidak bersetuju dengan rakan dalam partinya mengenai perkara dasar negara

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA