Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, August 7, 2015

SPRM - NAK MINTA NAJIB BERTERUS TERANG....



Najib Mungkin Bertemu Buku Dengan Ruas.. Ini Sebagai Bukti? Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dana SRC International Sdn Bhd yang didakwa ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak  adalah berlandaskan kepada undang-undang.

"Tanpa adanya sebarang niat jahat," kata sumber yang rapat dengan siasatan SPRM.

"Berdasarkan seksyen 72 Akta SPRM 2009, pegawai kami diberi kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta ini memandangkan siasatan yang dijalankan adalah dengan suci hati."

Seksyen 72 Akta SPRM adalah satu klausa yang panjang, antaranya menyatakan, "tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa juga prosiding lain boleh diambil, dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai SPRM, mana-mana anggota lembaga penasihat atau jawatankuasa khas SPRM atau mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak suruhanjaya itu, dengan syarat perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat dengan suci hati."

Peruntukan ini dipercayai digunakan dalam mempertahankan SPRM daripada tindakan undang-undang dyang difailkan oleh keluarga Teoh Beng Hock keluarga yang ditemui meninggal dunia pada 2009 di luar pejabat SPRM selepas dia disoal siasat oleh pegawai SPRM.

Bagaimanapun, kes sivil itu telah diselesaikan secara baik sebelum ia sampai kepada perbicaraan penuh apabila kerajaan bersetuju untuk membayar RM660,000 sebagai ganti rugi.

Tujuh pegawai SPRM setakat ini telah disoal siasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 124B bagi aktiviti yang "memudaratkan demokrasi berparlimen".

Pertama yang disoalsiasat ialah timbalan pendakwa raya SPRM, Ahmad Shazalee Abdul Khairi, oleh tiga pegawai kanan - Pengarah bahagian operasi khas Datuk Bahri Mohd Zin (gambar), pengarah forensik IG Chandran dan orang nombor tiga Bahri - Roslan Che Amat .
  
Dua pegawai penyiasat yang bertugas di bahagian operasi khas juga telah disoal pada hari Selasa, dan ini diikuti oleh pihak polis menyoal siasat timbalan Bahri - Datuk Tan Kan Sai - yang merupakan seorang yang ketujuh dalam senarai itu.

Najib Mungkin Bertemu Buku Dengan Ruas.. Ini Sebagai Bukti? 

Terdapat ketidakpastian sama ada dua daripada pegawai SPRM - Roslan dan pegawai penyiasat kes itu - telah ditangkap semalam dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikannya, manakala Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali bertegas sebaliknya.

Polis juga telah menggeledah pejabat khas bahagian operasi SPRM pada hari Sabtu dan sekali lagi malam tadi. Difahamkan polis juga mengeledah rumah pegawai disoal siasat itu, termasuk Bahri.

Ini membuat Bahri memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan mencari dalang yang mengarahkan polis mengganggu pegawai SPRM dan dengan itu menjejaskan siasatan mereka terhadap akaun bank Najib.

Dilaporkan SRC telah memindahkan sejumlah RM42 juta ke dalam akaun Najib pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini.

SRC International dimiliki Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Najib.

Ini adalah sebagai tambahan kepada AS$681 juta yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun bank Najib pada Mac 2013 - dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Najib telah mendakwa bahawa beliau tidak mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi, manakala SPRM berkata wang tersebut adalah "sumbangan penderma".

1 comment:

  1. Entah ! entah ! Inipun wayang juga. masa madiaq al ma'unah mai lani dah punah.SPRMpun sendiri diserbu pak polisi insuran, kuasa SPRM apa dia ? yang aku tahu SPRM ialah nama syarikat Syarikat Permainan Rakyat Malaysia yg mengilangkan permainan Carrom Board game.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA