Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 15, 2015

NAJIB TERUS PENING - ZETTI TERUSKAN TUGAS...


Najib Terpana.. Kemenangan Buat Rakyat. Pengumuman Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini yang beliau berhasrat menggenapkan lima tahun tempoh perkhidmatannya, yang berakhir tahun depan, adalah satu kemenangan moral bagi dirinya dan suara rakyat, kata Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini.


Bekas menteri penerangan itu berkata, dalam blog popularnya Zamkata, perisytiharan itu adalah kemenangan bagi mereka yang menghormati Perlembagaan dan mahu kerajaan yang bersih dan adil.

Beliau berkata demikian selepas Zeti memberitahu pemberita pada satu majlis di Kuala Lumpur hari ini yang beliau tidak bercadang meletak jawatan dan akan meneruskan hingga tamat kontraknya di bank pusat itu.

"Zeti yang difitnahkan oleh sukarelawan-sukarelawan (Datuk Seri) Najib (Razak) untuk menjatuhkannya, hari ini mengisytiharkan akan terus berkhidmat hingga tamat tempoh.

"Ini adalah suatu lagi tanda tolak ansur kerajaan Najib di bawah tekanan rakyat setelah membatalkan pertukaran pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan memindahkan mereka balik ke SPRM dengan serta merta kerana beberapa petunjuk undang-undang dikemukakan oleh berbagai pihak mengatakan tindakan itu salah dari segi undang-undang," tulisnya.

Baru-baru ini, SPRM menjadi perhatian apabila pejabatnya diserbu dan beberapa pegawai, termasuk Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin disoal polis berhubung dakwaan kebocoran maklumat dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jumaat lepas, Bahri dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan daripada agensi itu. 

Mereka sepatutnya melapor diri ke JPM pada hari Isnin, tetapi arahan pertukaran itu kemudiannya dibatalkan.

Najib Terpana.. Kemenangan Buat Rakyat

Selepas kemelut SPRM itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata awal minggu ini, Zeti, yang juga salah seorang anggota pasukan petugas khas menyiasat wang RM2.6 bilion yang dideposit ke dalam akaun peribadi Najib, mungkin orang seterusnya yang akan disiasat kerana rasuah.

Zainuddin berkata, selain blog Dr Mahathir, terdapat beberapa blog lain yang mencatatkan tentang kemungkinan tindakan tertentu akan diambil terhadap Zeti.

Beliau berkata, khabar angin bertiup kencang mengatakan Zeti akan sama ada bersara, dipecat atau disiasat, selepas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (Maicci) Tan Sri KK Eswaran berkata, terdapat dakwaan ahli keluarga Zeti menerima kontrak kerajaan dengan cara yang tidak beretika.

Eswaran dipetik berkata The Star Online, Zeti perlu menyangkal dakwaan yang dibuat terhadap beliau di media sosial.

"Ini mengejutkan orang ramai kerana Zeti yang mempunyai integriti sangat tinggi dan harum namanya dalam dunia ekonomi dan kewangan antarabangsa tiba-tiba dicemarkan namanya dengan sewenang-wenang.

"Kegagalan menggulingkan Zeti ini tidak seharusnya dianggap sebagai kemenangan moral hanya bagi Zeti sendiri tetapi ini adalah kemenangan suara rakyat yang cintakan keluhuran Perlembagan yang mahu menegakkan sebuah kerajaan yang adil, tulus, amanah, jujur dan bersih," katanya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA