Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 29, 2015

KEMANA MALAYSIA SELEPAS 2020?

Imiginasi untuk Malaysia Maju pada 2020 kini menjadi igauan " penciptanya " Mahathir kini sudah menjadi tanda tanya, sejauh mana kemampuan Wawasan ini untuk di capai? Igauan ini lebih... masa ini rakyat di hidangkan dengan berbagai-bagai rintangan dalam penghidupan.



Mahathir - arkitek 2020

Tun Mahathir telah menggariskan agar Malaysia mampu menyaingi negara lain dan maju mengikut acuannya  sendiri. kini sudah berada di tahun 2015 dan ianya hanya tinggal cuma 5 tahun lagi, dalam jangka masa ini mampukan kepimpinan masa kini untuk mengorak langkah untuk maju tersebut.

Matlamat untuk maju di 2020 menampakkan kesamarannya, kita boleh lihat dengan berbagai permaalahan yang terjelma masa kini, khusus di kaitkan dengan kepimpinan. 2020 adalah dasar di mana Malaysia akan merakyatkan rakyat dengan berbagai-bagai kemudahan dan kesenangan dalam penghidupan. Tapi nampaknya ia sudah malap.


Hairan Bin ajaib dalam kesibukan negara kita Malaysia mengejar wawasan 2020, Negara kita bukannya menjadi semakin maju sebaliknya menjadi semakin mundur. Nampaknya usaha Mahathir untuk menjadikan rakyat dan Negara Malaysia ini maju telah  gagal. Sebaliknya Malaysia dan rakyatnya menjadi semakin mundur hasil dari pemikiran Mahathir dan tindakan Najib yang semakin undur ke belakang.


Najib: Kecapaian maju dan mundur Wawasan 2020 
terletak di tangannya.

Apa tak mundurnya kalau sebuah Negara yang telah diperintah oleh BN selama 55 tahun dan bercita-cita menjadi Negara maju menjelang 2020 tetapi perkara seperti  menetapkan tarikh dan masa untuk pilihanraya dan pembubaran parlimen pun tak dapat nak dirancang dan diatur dengan awal untuk kebaikan rakyat. Macamana nak dikatakan maju kalau tarikh pilihanraya pun perlu dirahsiakan daripada rakyat jelata. Malu aku dengan orang Pakistan yang walaupun dikatakan Negara miskin dan mundur tapi telah dapat menentukan tarikh pilihanraya mereka lebih awal. Aku terdengar dari siaran berita dicorong radio baru-baru ini bahawa tarikh pilihanraya di Pakistan adalah sekitar bulan Mei tahun ini.

Kemajuan apa yang nak dikejar oleh Malaysia kalau segala perkara dan tindakan pemerintahnya tak dirancang dan dibuat secara  ad-hoc dan menyusahkan rakyat sendiri. Mana tak aku kata menyusahkan rakyat kerana tanpa mengetahui tarikh awal pilihanraya rakyat pun tak dapat nak merancang. Contohnya orang yang nak buat kenduri kahwin. Tanpa mengetahui tarikh pilihanraya mereka terpaksa tetapkan tarikh kenduri mengikut firasat dan telahan mereka sendiri. Bagaimana pula kalau tiba-tiba tarikh yang mereka telah tetapkan itu bertembung dengan tarikh pilihanraya yang tiba-tiba sahaja diumumkan oleh kerajaan gila UMNO/BN ini. Siapa yang nak datang ke kenduri mereka? Bagaimana pula dengan saudara mara yang jauh, boleh ke mereka datang? Saudara mara yang bertugas dalam pilihanraya sebagai petugas SPR ataupun petugas parti dapat ke mereka datang? Atau ada ke masa untuk mereka datang?

Contoh kedua aku nak bawa bagaimana kerajaan Najib ni menyusahkan rakyat adalah bagaimana dengan orang Sabah dan Sarawak yang nak balik mengundi kalau tarikh pilihanraya ditentukan tiba-tiba aje. Baru-baru ini aku dapat bersembang dengan orang Sarawak di LCCT. Dia kata kalau dapat tahu tarikh pilihanraya lebih awal senanglah sikit untuk orang Sabah dan Sarawak yang duduk di Semenanjung untuk balik mengundi kerana mereka boleh beli tiket kapal terbang awal-awal lagi dan harganya jauh lebih murah daripada harga tiket kapal terbang yang dibeli secara tiba-tiba. Dia semasa pilihanraya 2008 tak dapat balik Sarawak katanya lagi kerana tiket kapal terbang dah habis. Lagipun katanya kalau dapat tahu tarikh pilihanraya lebih awal senanglah mereka untuk merancang mengambil cuti jadi dapatlah balik lama sikit, sambil tu dapat melawat kaum keluarga di kampong.

Kerajaan UMNO/BN ni tak payahlah nak cakap pasal transformasi dan wawasan 2020 kalau tarikh piliharaya pun tak dapat nak ditetapkan awal-awal. Perkara yang sangat mudah seperti penetapan tarikh pilihanraya ini pun tak dapat dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN yang sudah memerintah selama 55 tahun Malaysia ini maka bagaimana pula kita rakyat nak letakkan harapan kepada mereka untuk memerintah Negara lagi. Untuk jadi sebuah Negara maju semua perlu perancangan masa depan tapi kalau dah tarikh pilihanraya pun tak dapat ditentukan maka nak maju camno? Kerajaan UMNO/BN kata nak menyenangkan dan memberi keselesaan pada rakyat tapi kok tak dapat nak tetapkan tarikh pilihanraya bukankah itu menyusahkan rakyat. Kesenangan yang dikata oleh Najib untuk rakyat hanya di gigi dan mulutnya sahaja tapi realitinya TIADA!!! Nampaknya yang senang dengan perkara ini adalah  NAJIB SENDIRI…..

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA