Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan
yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi
haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada
barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang
ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat.
Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah!!. Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas
berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara
‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w dan para sahabah yang
berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu
semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.
Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas.
Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji
sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah
dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan dahulu sebelum
telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap
binaan moden sekeliling telaga berkenaan. Ada pula yang semasa tawaf cuba
mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada
keajaibannya.
Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu
ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan berbagai peralatan canggih.
Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah
jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat?.
Perkara seperti ini jika tidak dikawal Dunia Islam akan hanyut seperti sesetengah
ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka
kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka.
Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah
Rasulullah s.a.w dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan
di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut.
(lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya
fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.
sesiapa yang tidak lakukan semua itu adalah Wahabbi.........!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete