Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 1, 2015

1MBD - UMNO DAH MULA BERSUARA


Persepsi rakyat kini cenderung bahawa Najib telah menyekat golongan mereka yang cuba mendedahkan perkara sebenar mengenai 1MDB. Perangai buruk yang sangat memalukan ...



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa segera menjelaskan mengenai situasi siasatan 1 Malaysia Development (1MDB) oleh pasukan khas memandangkan pertukaran jawatan peguam negara iaitu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Ahli Parlimen Umno itu antara tetamu yang kelihatan berada di rumah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, gesaan tersebut dinyatakan
kerana tidak mahu situasi di mana peguam negara digugurkan pada saat akhir penyiasatan syarikat bermasalah akan memberi gambaran negatif kepada kerajaan.

"Yang kita bimbang dari segi institusi apabila peguam negara digugurkan pada saat-saat akhir kerana kita tahu ada siasatan dan ia kini di peringkat akhir.
Ini memberi gambaran negatif kepada kerajaan.

"Saya harap perdana menteri dapat jelaskan status siasatan pasukan khas mengenai 1MDB ini," katanya ketika ditemui di hadapan rumah bekas timbalan perdana
menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mengulas mengenai situasi berlaku terhadap badan tersebut apabila tiga daripada
anggota dan termasuk pengerusi dilantik menjadi timbalan menteri dalam rombakan Kabinet.

Katanya, buat masa kini, segala pelantikan ahli PAC baharu akan diputuskan oleh speaker dalam sesi Parlimen akan datang iaitu pada Oktober ini. – 30 Julai,
2015.


Bagi Dr Mahathir, bercakap mengenai 1MDB kini adalah "suatu jenayah".

"Saya cuma nak beri amaran kepada anda, saya tak boleh memberi komen mengenai 1MDB kerana bercakap mengenai 1MDB kini suatu jenayah," katanya.

Kaitan dengan klip video " ya " Beliau mengakuinya sudah menontonnya dan menambah  "Semua orang sudah melihatnya, tapi Najib tidak pernah menafikan (beliau) menerima wang berkenaan.

"Tapi saya tak sepatutnya bercakap mengenai itu. Ia kini haram. Saya tak cakap apa-apa ya," katanya. -mkini

2 comments:

  1. Pihak berkuasa pun jadi anjing dan lembu ... Mau cakap apa lagi....
    Hancur laaaa

    ReplyDelete
  2. Mereka mengaku bershahadah tapi kelaku macam Areal Sharon. Nampaknya Lebih amanah Angela Markel, Gallileo Galile dan Yuri Gagarin dlm bermasyarakat

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA