Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 23, 2015

BAIAH PAS - BOLEH CERAI ISTERI TALAQ 3...

Post Pic

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff menyifatkan bai'ah yang kononnya diikat antara pemimpin-pemimpin PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sebagai karut.   

Memetik posting di laman Facebooknya, beliau mempersoalkan kewajaran untuk PAS melakukan perkara sedemikian hanya kerana mahu memastikan pemimpin-pemimpinnya tidak 'lari' ke perjuangan parti lain.   Agus menggunakan frasa 'isteri' untuk merujuk kepada jawatan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN). 



  "...Komen saya sederhana sahaja: saya terkejut isteri pun boleh dicagar sebagai syarat untuk setia pada parti bagi menjadi calon dalam pilihan raya. Bertanya saya dalam hati, apakah Islam membenarkan perbuatan sebegini?   "Merenung seterusnya, jika betullah ada baiah cerai talak tiga jika keluar dari parti PAS, ini adalah sekarut-karut tindakan!," demikian menurut Agus.     







1-  "Bagi pendokong PAS, mereka kata wajar atas hujah berikut; supaya pemimpin yang dipilih atas tiket parti PAS tidak mengkhianati perjuangan, apatah lagi perjuangan Islam PAS dan sebelum baiah ini dibuat, pemimpin ini tidak bantah pun baiah tersebut.  



2- "Bagi bukan pendokong PAS, mereka menyatakan tidak wajar atas hujah berikut; cerai perlu dibuat secara sukarela, bukan paksa, cerai adalah perbuatan yang paling Allah tegah dan tidak boleh dibuat main-main dan baiah setia itu hanya pada Allah, bukan pada parti dan pemimpin," katanya.   Posting berkenaan menerima respon daripada pengikut Agus di Facebook.  




Rata-rata mereka turut menyatakan pendapat yang sama, bahawa bai'ah PAS ini tidak relevan kerana bertentangan dengan sunnah Nabi.   "Baiah ini telah menyelamatkan PAS dari insiden lompat parti yang pernah berlaku kepada rakan lamanya DAP dan PKR. Pada masa sama, baiah ini membuatkan pemimpin PAS lebih rela dipecat dari meninggalkan parti. Buktinya, G18 yang masih belum meninggalkan Pas kerana baiah tersebut," demikian tulis Firdaus Rosli.  





   "Sebagai ahli PAS, saya rasa baiah cagar isteri ni 1 keterlaluan. Lebih elok berbaiah jika keluar parti wajib letak jawatan sbg MP @ adun yg menang atas tiket PAS. PAS kata perjuangan mereka berlandaskan Al-Quran dan sunnah tp baiah cagar isteri ni sunnah nabi ke?    "Sebab itu la PAS nampak goyang sekarang bila wujudnya gerakan harapan baru. Hari tu beria-ia benar duk cabar G18 keluar parti, skrg duk ugut dgn baiah plak. Skrg ni rase elergik benor dengan nama zuhdi marzuki dan mokhtar senik. Skrg Pas bukan nk lawan BN tapi nak lawan GHB. masuk akal ke? huhuhu," Mohd Hishamuddin Hasan melontarkan pendapatnya.   




tuan-man,ghb


Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( gambar ) berkata mana-mana pemimpin PAS yang menganggotai parti lain dianggap melanggari bai'ah yang dibuat sebelum diangkat untuk mewakili parti itu dalam PRU-13 yang lalu.   Merujuk kepada kumpulan progresif PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), Tuan Ibrahim berkata golongan itu seharusnya patuh dan akur dengan bai'ah yang telah dibuat.   


Sementara itu merujuk kepada penubuhan GHB, Agus berpendapat kehilangan kumpulan progresif dalam PAS memberi kesan yang kurang baik kepada perjuangan parti Islam itu.   "Satu yang saya perhatikan ialah tanpa kumpulan progresif ini, tiada lagi pemimpin PAS yang kelihatan merakyat dan memahami isu-isu semasa negara. Tiada lagi kenyataan menarik dari pemimpin PAS untuk mengulas isu Felda, GST, 1MDB dan lainnya," katanya.   Meskipun GHB bakal berdepan dengan beberapa cabaran semasa, beliau dalam pada itu merasakan GHB mempunyai masa depan yang cerah dalam landskap politik negara seiring dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat.   "Tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan UMNO sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat.   "Gunalah ruang itu sebaiknya," ujarnya lagi.   Salah satu cabaran yang dimaksudkan Agus adalah ketokohan pemimpin-pemimpin GHB yang sering dipalit kontroversi.

1 comment:

  1. Kalau Bai'ah setakat patuh pada parti itu tidak menjadi masaalah seperti kat TITM itu sebabnya ia hanyalah sekadar untuk mengingatkan penyandang Adun dan MP agar tidak mungkir janji tapi apakah jadahnya berbai'ah dengan mempertaruhkan isteri sendiri tempat penyedap suami tu,bukankah dengan jelas parti PAS sendiri telah menyeleweng dan terkeluar dari prinsip hidup sebagai seorang islam bukankah bai'ah itu hanya dengan Allah dan Rasul kita nabi Muhammad sendiri tidak pernah berbai'ah mempertauhkan isteri-isteri Baginda apakah pemimpin PAs yang bergelar ulama boleh membuat hadisth sendiri yang membolehkan ahli parti yang hendak bertanding dalam PRU mesti berbaiah dengan mempertaruhkan talaq dengan isteri yang tersayang adakah calun yang dipilih itu terpaksa atau calun itu sendiri gila kuasa hinggakan isteri sendiri menjadi mangsa,apakah para ulamak PAS sendiri sudah mabuk kuasa untuk melihat isteri-isteri pengikutnya menjadi janda sekiranya penyandang Adun dan MP beralih arah keparti lain atau pemimpin sanggup menikahi janda-janda yang terpaksa berpisah dengan suami yang ingkar dengan baiah gila PAS itu. sila berfikir wahai pemimpin PAS dan ulam yang hanya tahu bercakap tapi ta tahu berfikir dengan akal yang dikuriakan oleh Allah 'Azajawalla.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA