Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 9, 2015

ANWAR DAH PASRAH





SUDAH lebih lebih 100 hari Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara dihimpit keseksaan dan dimamah kehancuran. Beliau menanggung segala keseksaan dan derita bersendirian. Dia mengulik nestapa diri dan membangun kekuatan jiwa kesendirian. Namun, dia tidak pernah menyesal terhadap apa yang berlaku. Jauh sekali berputus asa dan kecewa. Suaranya tetap bergema dan memecah tembok batu memesankan salam dan menebarkan seruan jihad setiap masa terluang. Lawan tetap lawan...


Anwar tidak pernah pasrah kepada takdir, beliau tidak mahu sampai ke pita penamat dalam perlarian juangnya yang sudah dilewati ribuan kilometer. Reformasi membela rakyat diteruskan. Api refomasi yang dinyalakan 17 tahun lalu tidak akan mudah padam, selagi ia tidak membakar lumat menjadi debu segala penyelewengan, ketidakadilan, kezaliman pemerintah ke atas rakyat, ia diteruskan.

Ternyata, walaupun ramai kawan-kawan yang menjadi pemegang atau pembakar obor reformasi bersamanya sudah melarikan diri kerana tidak betah menahan panas api, tetapi ia tetap menyala dan hangat. Mereka yang lari itu adalah sang pengecut yang oportunis mencari sebuku dua gula dan setitik madu untuk memaniskan hidup.


Api berunggunkan di jantung hati itu tidak akan dipadam, terus dihembus dan ditup ke segenap jagat nusa bangsa. Tiada kepayahan bagi seorang pejuang baginya untuk menyuntik semangat itu. Jeriji besi dan tembok batu bukan jadi pelerai jiwanya dengan pejuang dan ia tidak bisa mematikan harapan berkobar rakyat. Semangat juangnya tetap terpanggung atas atmajiwa. Bagi Anwar penjara bukan penamat segalanya. 


Dia tidak memperdulikan sakit. Sangsara baginya adalah makanan dan pencaroba bagi seorang pejuang. Dia tidak melayan rindu dendam kepada isteri, anak-anak dan lebih-lebih kepada cucu-cucunya. Usia sepertinya, cucu adalah permainan yang menghiburkan. Cucu adalah bunga-bungaan yang mewangi hidup seorang datuk dan nenek.

Keletah dan gelak tawa cucu-cucu senantiasa menyirai dimata dan menjadi pengubat kelenguhan dan lelah. Namun itu tidak pernah mengheretnya ke pinggir duka dan air matanya tidak tumpah kerana keranuman cinta. Mungkin juga kolam matanya sudah gersang disedup mentari cabaran dan dugaan perjuangan sepanjang zaman yang silih berganti.

Tetapi ada perkara yang tersumbat sendut dihatinya. Jiwanya menjadi lara dan lirih, apabila mengenangkan medan juang yang dianyamnya. Pergolakan di luar menyebabkan dia risau dan resah menyekang mata mencari makna dan ikhtiar penyelesaian. Doanya menjadi panjang bukan untuk kebebasan dirinya, tetapi demi menghentikan gelora yang memanjangkan musim pertapaanya yang membantutkan mengapai kemerdekaan rakyat.

Wadah berupa tikar terbang keramat bernama Pakatan Rakyat yang dibentangkan untuk rakyat hasil tajaanya kesekian lama, sudah robek dan carik. Dukanya untuk ini lebih dalam daripada kekesalannya atas kezaliman menimpa dirinya. Kalau dia tiba-tiba tersendu dan tersenguk dipalang pintu penjara, inilah isbabnya.

Dari tembok batu Sungai Buloh, orang tidak memahami apakah resah dan kesalnya paling besar, melainkan kepada kepunahan tikar hikmat itu. Bahtera yang dibina bersama yang menulang aspirasi rakyat kini sudah tercabut layar dan sauhnya putus menyebabkan teroleng-oleng ditengah laut tanpa bisa diistirehatkan, apa lagi untuk terus maju ke destinasi hujung. Tikar atau bahtera itu kini berjalan sendiri mengikut jalur kabur tanpa kelasi yang memandunya. Ia terserah nasib kepada alunan dan bedalan ombak ganas di samudra luas.

Itulah duka panjang dan dalam Anwar bin Ibrahim. Yang mengacakan rasa pilu di hujung hatinya. Kenapa semua itu harus berlaku? Apa dapat difahami, ini terjadi sesudah beliau "tiada", apabila fizikalnya "disendur" dalam penjara. Jadi ternyata sebelum ini beliaulah yang menganyam segala harapan rakyat, yang menjahit perca-perca cita rakyat kemudian disatukan atas sebidang wadah bernama Pakatan Rakyat untuk menjadi landasan menentang kezaliman penguasa.

Kalau bukan dia, mungkin tikar hikmat itu tidak wujud. Dan sesudah dia "tiada" ia musnah. Ini mencerminkan pakatan itu dibentuk bukan atas kesatuan hati dan kepaduan harapan luhur, tetapi kerana elemen kepuraan-puraan. Ia bersatu lantaran menghormati gamitan beliau. Pantaslah Tuhan tidak membenarkan tikar hikmat itu melayang mengapai kemenangan pada pilihan raya lepas.

Di sinilah menimbulkan persoalan tanpa terjawab olehku. Apakah pengorbanaan beliau selama ini, bermula daripada meninggalkan jawatan, kedudukan, kerana membela rakyat dibiarkan begitu sahaja. Pengorbanan kubranya, sehinggakan dipukul, diterajang dan diaibkan tidak terasa oleh orang lain.
Kemudian meringkuk dalam penjara selama empat tahun dan kini diulang tambah selama lima tahun. Apakah pengorbanan dan balasan untuk beliau? Apakah sumur budi kita sudah gersang?

Anwar tidak mahu apa-apa daripada rakan-rakananya. Dia tidak meminta jasanya dibalas, tetapi mahu budinya dikembalikan kepada rakyat. Dia hanya mahu kepada sebuah perpaduan menjatikan perjungan untuk rakyat. Dia tidak meminta, untuk menjaga keluarganya, hatta nyawanya sendiri tidak dipedulikan. Tetapi hasrat dan impian rakyat hendaklah dihormati dan dipelihara. Dia tidak mahu apa yang dilakarkan demi rakyat dan negara itu disia-siakan.

Anwar berpuas hati kalau dia terus menjadi dian membakar diri memberi sejalur cahaya buat semua. Cuma apa yang diharapkan, tepislah angin dan ribut dari meliuk lintukkan cahaya yang beliau nyalakan agar rakyat dapat menikmatik sorot itu sewajarnya.

Dan semalam Anwar masih menghantar mesej dari celah-celah batu penjara agar rakan diluar memupuk semangat juang berlandasakan aspirasi Pakatan Rakyat. Katanya kandati pun pakatan itu sudah tidak wujud secara formal tetapi bingkai persefahaman yang telah membuahkan hasil harus diteruskan.

Mesej itu menunjukkan kesungguhan dan iltizam beliau kepada perjuangan membela rakyat menerusi Pakatan Rakyat. Ia menzahirkan keyakinan bahawa kemenangan dapat dicapai apabila tangan-tangan tergenggam erat.

Demikian Anwar yang tidak pernah kalah dan kecewa dalam apa pun keadaan. Dan baginya PENJARA BUKAN PUSARA, yang mengabadikan segala cita-cita dan azamnya di dalam gubuk kezaliman itu. Bagi Anwar dia tidak pernah termimpi nisan menandakan perjuangannya demi rakyat akan tercacak di sisi jasadnya. Tidak. 


Ehsan Truganukite; Mohd Sayuti Omar

3 comments:

  1. Ya Allah, selamatkan lah, berkatilah, bebaskan lah DS Anwar Ibrahim daripada kezaliman pemerintah dan para penfitnah yg durjana

    Kau limpahkan lah pahala yg berterusan dan Kau naikkan lah darjat beliau kerana kesabaran menanggung segala ujian demi membela kebenaran dan rakyat yg tertindas.

    Sesungguhnya jihad yg paling besar ialah berckp benar didepan pemerintah yg zalim.

    Ya Allah Kau berilah ganjaran dan tempat yg tinggi bersama2 para pejuang kebenaran kpd DS Anwar Ibrahim di akhirat nanti.

    Jgn Kau izinkan setiap mata para penzalim daripada tidor lena. Jgn Kau izinkan setiap jiwa yg kejam dpd merasa amat menghirup udara di bumi Mu ini. Jgn Kau izinkan para konspirator dpd merasa nikmat apa yg mereka rompak dan rampas dpd yg bukan hak mereka.

    Jgnlah Kau biarkan setiap darah yg mengalir dlm tubuh mereka hasil dpd harta yg dirampas dpd rakyat melainkan menjadi racun2 berbisa yg akan memakan jasad dan roh mereka sedikit demi sedikit sehingga mereka menerima azab yg sebenarnya nnti di akhirat nanti.

    Aminn YaRabbal Alaaamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIREN kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












      Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIREN kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

      Delete
  2. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya Kamarudin seorang TKI DI Malaysia pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor 085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: SITUS RESMI AKI WOWO

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA